nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Nilai belanjawan Sarawak hampir RM10 bilion

9 NOV: Kerajaan negeri memperuntukkan RM9.832 bilion menerusi Belanjawan Sarawak 2021 dengan RM6 bilion adalah untuk perbelanjaan pembangunan dan RM3.832 bilion bagi perbelanjaan mengurus.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, berkata sebahagian besar perbelanjaan pembangunan itu tertumpu di kawasan luar bandar.

Beliau berkata peruntukan besar itu selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk mempercepatkan pembangunan di kawasan luar bandar dalam usaha untuk merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar.

“Bagi tujuan itu, sejumlah RM4.251 bilion atau 67 peratus daripada jumlah keseluruhan peruntukan pembangunan akan dimanfaatkan untuk pelaksanaan program dan projek di daerah luar bandar, sementara selebihnya iaitu RM2.053 bilion atau 33 peratus adalah untuk kawasan bandar, “katanya ketika membentangkan Belanjawan Sarawak pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kuching, hari ini.

Mengulas lanjut, Abang Johari menegaskan, semua inisiatif, projek dan program tertentu akan memberi kesan transformasi terhadap ekonomi negeri dan kesejahteraan rakyat Sarawak.

“Antara projek yang akan dilaksanakan dengan pembiayaan di bawah Inisiatif Pembiayaan Alternatif Negeri adalah projek jaringan jalan pesisir dengan peruntukan RM1.152 bilion dan pelbagai projek di bawah Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) dengan peruntukan sebanyak RM1.687 bilion.

“Projek jalan utama kedua pula diperuntukkan sejumlah RM494 juta, RM792 juta untuk projek di bawah Agensi Pembangunan Samarahan Wilayah Bersepadu (IRSDA) dan RM430 juta untuk pembinaan Jalan Lawas – Limbang.

“Kita juga menyediakan sebanyak RM500 juta untuk pelaksanaan Projek Rakyat, RM400 juta untuk Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) dan RM235 juta untuk Projek Luar Bandar Kecil (MRP),” katanya.

Beliau berkata pelaksanaan semua projek itu akan memastikan rakyat menikmati kemudahan asas dan prasarana awam yang lebih baik sekali gus dapat membantu meningkatkan taraf hidup mereka.

Bagi mencapai hasrat meletakkan Sarawak sebagai negeri maju berpendapatan tinggi pada tahun 2030, Abang Johari berkata, kerajaan negeri sedang meneliti Strategi Ekonomi Keluar Pasca-COVID-19 yang turut merangkumi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang akan bermula tahun depan.

“Keutamaan pentadbiran kerajaan negeri adalah memberikan sumber dan bantuan tambahan untuk rakyat kita yang terjejas, mempercepat pembangunan di kawasan bandar dan luar bandar serta meningkatkan penyediaan infrastruktur dan utiliti.

“Justeru, Belanjawan Negeri 2021 dibentuk dalam lapan teras strategik yang bertujuan menggerak dan menghidupkan kembali ekonomi ke arah pemulihan dan pertumbuhan yang mampan,” katanya.

Lapan teras strategi Belanjawan Negeri 2021 itu adalah Menjana Pemulihan Ekonomi, Menjamin Kesejahteraan Rakyat, Menjamin Keselamatan Makanan dan Transformasi Pengeluaran Pertanian, Memperkukuh Jaminan Sosial, Memajukan Ekonomi Digital, Pembangunan Modal Insan, Mempromosikan Kelestarian Alam Sekitar dan Meningkatkan Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan.

“Belanjawan Negeri 2021 akan terus menjadi anggaran pengembangan bertujuan merangsang pertumbuhan ekonomi negeri yang terjejas teruk oleh pandemik COVID-19 sambil memastikan keseimbangan pembangunan sosio-ekonomi antara bandar dan luar bandar,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.