nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Turunkan kadar yuran pengajian IPT

11 NOV: Belanjawan 2021 perlu memberi penumpuan terhadap golongan pelajar yang menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) khususnya dalam menempuh tempoh sukar pandemik COVID-19.

Ahli Parlimen BN Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata peruntukan bantuan buat pelajar harus ditambah oleh kerajaan walaupun terdapat kekangan kewangan yang dihadapi di samping menurunkan yuran pengajian di tahap seminimum yang mungkin.

“Ini kerana pihak IPT telah dapat lakukan banyak penjimatan dalam tempoh pembelajaran online. Sekiranya dapat dikurangkan bererti penjimatan kewangan terhadap pelajar boleh digunakan bagi perkara lain seperti pembelian komputer riba, pembelian data internet dan bahan rujukan lain.

“Mereka ini sewajarnya dibela dan dibantu dalam apa cara sekalipun kerana mereka mrupakan permata negara dan bakal menggantikan tempat kita sebagai pemipin selepas ini,”katanya ketika berucap membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

AHMAD JAZLAN YAAKUB
AHMAD JAZLAN YAAKUB

Dalam pada itu, Ahmad Jazlan merakamkan penghargaan kepada Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang mengambil langkah drastik dalam memartabatkan sawit dunia di mata dunia walaupun terdapat kekangan ketika menghadapi COVID-19.

“Kebanyakan sektor sumbang KDNK menyusut namun berlainan pula komotidi sawit yang menunjukkan peningkatan positif yang merupakan sumbangan utama dalam sektor komoditi perladangan negara. Saya ucap tahniah kepada YB Kuala Nerus mempromosi sawit di pasaran dunia.

“Walau terdapat kekangan dalam urusan bersemuka tetapi beliau ambil langkah proaktif dalam membantu industri sawit yang juga memberi manfaat kepada 500,000 pekebun kecil sawit negara yang terkesan. Diharap usaha ini akan diteruskan secara berterusan akan beri kelegaan kepada seluruh pekebun kecil dan pemain sawit industri negara,” katanya.

Beliau juga berharap agar semua Ahli Parlimen menyokong Belanjawan ini agar rakyat dapat terus mendapat pembelaan yang sangat diharapkan ketika COVID-19 mengikut acuan kepimpinan dan pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional

“Dalam suasana begini seharusnya memberi tanggungjawab bersama dan tidak terlalu mudah untuk menyalahkan pihak kerajaan kerana apa sahaja yang dilakukan adalah untuk melihat rakyat terus mendaapt pembelaan.

“Maka pada hemat saya berdasarkan perkara ini Belanjawan 2021 harus dirangka demi kelestarian dan kesejahteraan rakyat namun mohohn pindaan sewaajrnya daripada pihak kerajaan kerana sebagai manusia kita tidak pernah terlepas dari khilaf kehidupan.

“Saya tidak mahu Belanjawan ini ibarat gulainya sedap tetapi nasinya mentah. Saya amat yakin Menteri Kewangan dan Perdana Menteri mengambil penuh suara-suara dibangkitkan dalam dewan ini meminda Belanjawan demi membantu rakyat Malaysia yang dihimpit kesusahan,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.