nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

KKM bimbang pergerakan penduduk Lembah Klang, NS

12 NOV: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyuarakan kebimbangan pergerakan keluar masuk kira-kira 6 juta penduduk di Lembah Klang dan Negeri Sembilan, akan menyumbang kepada peningkatan kes COVID-19, di negeri-negeri itu.

Ini ditambah dengan faktor kepadatan penduduk yang kini menyaksikan kes positif di Lembah Klang dan Negeri Sembilan lebih tinggi daripada direkodkan di Sabah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, hampir semua daerah di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya, kini Zon Merah COVID-19 dan agak sukar untuk mengawal pergerakan penduduk yang tinggi dan padat di negeri terlibat.

Justeru katanya, perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diharapkan dapat mengurangkan pergerakan rentas negeri khususnya di Lembah Klang dan Negeri Sembilan, seterusnya memutuskan rantaian penularan baharu wabak itu.

“Pergerakan (orang awam) dari zon-zon merah di Lembah Klang agak sukar dikawal berbanding zon merah di Sabah ke Semenanjung misalnya, kerana kita boleh saring dan kenal pasti mereka bila keluar dari Sabah.

“Kita bimbang jika orang dari Lembah Klang atau Negeri Sembilan yang dijangkiti wabak itu dan merentas negeri ke zon hijau, ia akan bawa jangkitan. Oleh itu, walaupun tak dapat bataskan 100 peratus pergerakan keluar masuk, tapi PKPB dapat kurangkan pergerakan itu,” katanya pada sidang media hari ini.

Noor Hisham berkata, kebimbangan itu timbul, apabila data keseluruhan kes baharu di Lembah Klang dan Negeri Sembilan kini mengatasi jumlah kes di Sabah.

Katanya, jumlah keseluruhan kes baharu di Lembah Klang dan Negeri Sembilan hari ini sebanyak 464 kes, berbanding 319 kes di Sabah.

Beliau berkata, perkembangan penularan kes di Sabah ketika ini, dilihat mulai stabil berbanding minggu lepas.

Sementara itu ditanya mengenai laporan wabak selesema burung H5N8 yang menular di Korea Selatan dan Eropah Barat, Dr Noor Hisham berkata, KKM dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), akan terus memantau perkembangan virus itu.

Bagaimanapun, beliau berkata, ketika ini tiada laporan wabak bawaan unggas itu menjangkiti manusia dan setakat ini wabak itu tidak dikesan di Malaysia.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.