nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Peruntukan Belanjawan 2021 meningkat bukan janggal

17 NOV: Peningkatan peruntukan melalui Belanjawan 2021 bukan sesuatu yang ganjil dan janggal kerana langkah yang sama juga diambil oleh negara di seluruh dunia termasuk negara jiran seperti Thailand, Filipina, Singapura dan Indonesia.

Ahli Parlimen GPS Kota Samarahan, Rubiah Wang berkata, negara-negara terbabit meningkatkan belanjawan masing-masing antara tiga hingga 15 peratus berbanding dengan Belanjawan 2020.

“Apa yang kita lihat adalah kesepakatan negara serantau yang mengetepikan perbezaan fahaman dan ideologi politik demi kesejahteraan rakyat.

“Peruntukan RM17 bilion untuk Tabung COVID-19 disokong sepenuhnya bagi memastikan kita sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan berlaku disebabkan wabak ini,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

RUBIAH WANG
RUBIAH WANG

Dalam pada itu, Rubiah berkata peruntukan RM3 bilion menerusi Belanjawan 2021 bagi persediaan mendapatkan vaksin adalah tindakan amat mustahak dalam mengawal penularan wabak COVID-19 yang semakin membimbangkan setiap hari.

Bagaimanapun, beliau ingin mendapatkan penjelasan dan kepastian daripada pihak kerajaan sama ada peruntukan RM3 bilion berkenaan mencukupi atau tidak untuk membekalkan vaksin untuk semua rakyat Malaysia sekarang.

“Apakah jaminan kerajaan bagi memastikan semua rakyat Malaysia mendapat suntikan vaksin COVID-19 termasuk penduduk Sabah dan Sarawak?

“Kita juga berharap vaksin yang akan dibekalkan oleh kerajaan berkenaan benar-benar selamat digunakan,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.