nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Hansard buktikan saya sebut ‘bekas’, bukan ‘Pekan’

20 NOV: Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim sekali lagi menjelaskan yang beliau tidak pernah menyebut perkataan ‘Pekan’ ketika perbahasan Belanjawan 2021 seperti mana dilaporkan beberapa portal berita tertentu semalam.

Tegas Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC) itu, apa yang disebut adalah ‘bekas’ atau dalam loghat utaranya berbunyi ‘bekaih’ yang didakwa portal berkenaan sebagai beliau menyebut Pekan.

“Saya sebut ‘bekas Menteri Kesihatan’. Mana ada “Pekan menteri kesihatan’. Yang ada hanyalah ‘bekas menteri kesihatan’,” katanya menerusi Facebook Live dari pusat khidmatnya di Arau, Perlis.

Shahidan berkata, malah penyata rasmi atau hansard Dewan Rakyat 19 November juga boleh dirujuk dan tidak pun dinyatakan beliau sebut ‘Pekan’ seperti mana laporan portal berkenaan.

“Namun kerosakan telah berlaku. Saya akan panjangkan soal laporan tidak benar oleh portal tersebut kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN),” jelasnya.

Sehubungan itu, Shahidan menyeru semua pihak tidak sama sekali terpedaya dengan laporan berita portal tertentu yang jelas sekali cuba mengadu domba antara pemimpin.

Katanya, beliau sendiri terkejut dengan laporan artikel berkenaan apabila tiba-tiba menggunakan tajuk yang beliau menyebut Pekan walhal tidak pernah pun disebut perkataan Pekan dalam ucapan perbahasan semalam ketika menyentuh soal khianat bagi yang menolak Belanjawan 2021.

“Tak cukup itu, mereka sunting pula video dan sebarkan kononnya saya sebut Pekan. Sedangkan saya tidak sebut pun.

“Tidak ada sebab saya nak berkata Datuk Seri Najib Tun Razak (Pekan) pengkhianat seperti dilaporkan portal berkenaan.

“Saya tahu ada yang cuba lagakan saya dengan Datuk Najib, tapi percayalah itu tak akan berlaku,” katanya.

Mengenai isu pengkhianat bagi mereka yang menolak Belanjawan 2021 semalam, Shahidan berkata, adalah sangat jelas yang beliau tujukan kepada wakil pembangkang walaupun ucapannya diganggu dengan pencelahan wakil PH dari Kuala Selangor.

“Tolak belanjawan, rakyat yang susah. Benda baik untuk rakyat tak boleh buat. Itu sudah tentu satu perbuatan khianat seperti saya sebut,” ujarnya.

Berhubung undian Belanjawan 2021, Pengerusi PNBBC itu sangat yakin ia akan diluluskan menerusi sokongan semua wakil rakyat PN.

Mengulas soal pengeluaran RM10,000 Akaun 1 KWSP dan lanjutan moratorium pukal, Shahidan berkata itu hanya soal polisi yang boleh dilakukan bila-bila masa.

Katanya, perkara ini juga menjadi perjuangan Barisan Nasional (BN), Najib dan juga beliau sendiri dan sudah tentu mahu ia dilaksanakan.

Dalam pada itu, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, beliau sedar ada pihak tertentu cuba memperlekehkannya.

“Namun saya minta mereka sedarlah yang rekod UMNO di Perlis termasuk selepas PRU bagaimana kita masih menang dua pertiga,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.