nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

ADUN lantikan bukan perkara baharu

21 NOV: Pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tanpa pilihan raya bukanlah satu perkara baharu di negara ini malah telah dilaksanakan di dua negeri iaitu Sabah dan Terengganu.

Walau bagaimanapun, Pakar Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) , Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, pelantikan tersebut mempunyai had-had tertentu termasuk tidak boleh dilantik sebagai seorang Menteri Besar.

Sehubungan itu, menurut beliau, tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang meluluskan usul untuk meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang supaya lima ADUN boleh dilantik tanpa melalui pilihan raya bukan satu masalah besar.

NIK AHMAD KAMAL NIK MAHMODD
DR NIK AHMAD KAMAL NIK MAHMOOD

“Tujuan pelantikan itu juga munasabah. Pertambahan ADUN yang dilantik akan mampu mengurangkan kadar nisbah seorang ADUN dengan jumlah penduduk kerana Pahang negeri besar.

“Ia juga saling melengkapi dan bukannya berlaku pertindihan kepada perkhidmatan ADUN sedia ada.

“Saya belum melihat draf pindaan tersebut, pastinya ada had-had tertentu mengenai kuasa mereka. Saya tidak melihatnya sebagai sesuatu yang baharu,” katanya, hari ini.

Dalam pada itu, Nik Ahmad Kamal memberitahu bagaimanapun dia tidak pasti sama ada Perlembagaan yang akan dipinda kerajaan Pahang nanti serupa dengan Sabah atau Terengganu.

Tambah beliau, isu DUN lantikan sebenarnya tidak timbul kerana ada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang membenarkannya.

“Cuma saya melihat Perlembagaan negeri Sabah tidak menyatakan dengan jelas bahawa ADUN yang dilantik tidak boleh dilantik sebagai Ketua Menteri.

“Namun dari segi amalan, saya rasa ADUN lantikan akan dilantik selepas lantikan Ketua Menteri sebab selepas pilihan raya, Ketua Menteri akan dilantik dahulu. Selepas itu, akan diadakan angkat sumpah ADUN dan diikuti lantikan ADUN lain,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, satu lagi peruntukan yang harus dilihat dan diteliti ialah Perkara 71 dan dibaca jadual kelapan Perlembagaan Persekutuan.

“Bahagian II jadual lapan ada menyebut boleh ada ADUN yang dilantik. Peruntukan jadual kelapan diwajibkan wujud dalam setiap perlembagaan negeri. Seksyen empat jadual kelapan juga menyebutkan DUN hendaklah terdiri daripada apa-apa bilangan ahli dipilih.

“Namun, tidak disebut DUN tidak boleh ada ahli yang dilantik. Jadi kalau di Sabah dan Terengganu, boleh ada ADUN yang dilantik dan tidak dipersoalkan oleh Persekutuan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.