nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Mangsa banjir di Melaka, Johor bertambah

22 NOV: Mangsa banjir di beberapa kawasan di Melaka dan Johor kian bertambah hari ini susulan hujan lebat sejak petang semalam.

Di Melaka, seramai 394 ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) pagi ini berbanding 230 penduduk tengah malam tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri, Leftenan Kolonel (PA) Effendy Ali, berkata, satu lagi PPS dibuka di Melaka Tengah bagi menempatkan 85 mangsa terjejas akibat banjir kilat, malam tadi.

PPS di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Katil dibuka jam 11 malam tadi selepas berlaku kenaikan air di Taman Tuah Perdana, Tehel di sini menyebabkan 44 keluarga terpaksa dipindahkan segera ke lokasi selamat.

Sehingga jam 8 pagi tadi, PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Ayer Molek menyaksikan peningkatan jumlah mangsa.

Effendy berkata, seramai 73 mangsa terpaksa dipindahkan berbanding 55 mangsa pada 12 tengah malam tadi.

Katanya, ia susulan berlaku kenaikan air di Rumah Awam Ayer Molek selepas hujan lebat berterusan sejak 11 pagi hingga lewat petang semalam.

“Di Jasin pula, seramai 125 mangsa ditempatkan di PPS SK Tehel membabitkan 30 keluarga, manakala PPS di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Shuh Yen pula menempatkan 39 mangsa dengan 11 keluarga.

“Di Alor Gajah, PPS SK Durian Tunggal menyaksikan pertambahan kepada 59 mangsa diikuti PPS SK Ganun (12 mangsa) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pengkalan (satu mangsa),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali melawat PPS Ayer Molek pagi tadi.

Lawatan diiringi EXCO Kesihatan dan Antidadah negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Molek, Datuk Rahmad Mariman; Ketua UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya, Mohd Ridhwan Mohd Ali dan Timbalannya, Datuk Wira Hasnor Sidang Hussien.

Sementara itu, Johor Bahru dan Pontian merupakan dua daerah di Johor yang dilaporkan mula membuka PPS.

Setakat pagi, seramai 155 orang daripada 40 keluarga terjejas berikutan banjir kilat yang melanda dua daerah tersebut akibat hujan lebat petang semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R. Vidyananthan berkata kesemua mangsa kini ditempatkan di dua PPS di Pontian dan Johor Bahru setakat 8 pagi tadi.

“Di Johor Bahru, seramai 144 orang daripada 36 keluarga dari Kampung Pasir, Kampung Seri Serdang, Kampung Pengkalan Rinting dan Kampung Seri Jaya ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Kampung Pasir.

“Di Pontian pula, mereka yang terjejas adalah daripada Kampung Ulu Pulai dan kini berada di PPS dewan masjid kampung itu,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.