nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kamarul Zaman menang saman pemimpin DAP RM8j

23 NOV: Penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff mengesahkan beliau telah memenangi saman RM8 juta terhadap pegawai khas Pengerusi DAP Sarawak, Abdul Aziz Isa Marindo pada 6 November lalu.

Menurut beliau, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Abdul Aziz membayar ganti rugi tersebut ekoran kenyataan-kenyataan fitnah terhadapnya.

Kamarul Zaman memberitahu, kenyataan-kenyataan tersebut antara lain mendakwa kelayakan akademiknya tidak dapat disahihkan serta menghalang penganut Kristian mengamalkan aktiviti keagamaan mereka.

“Walaupun kemenangan ini adalah agak manis, ia sebenarnya hanyalah pembakar semangat untuk saya di dalam perbicaraan saman saya ke atas lima pemimpin besar DAP lain yang kesemuanya merupakan Ahli Parlimen,” katanya melalui hantaran Facebook miliknya malam ini.

ABDUL AZIZ ISA
ABDUL AZIZ ISA MARINDO

Pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) itu memberitahu, saman besarnya yang pertama berjumlah RM8 juta ke atas Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok ekoran kenyataan-kenyataan fitnah yang membawa maksud beliau ialah seorang yang terencat akal dan merupakan ancaman kepada masyarakat secaara amnya.

Saman beliau yang seterusnya melibatkan saman terhadap tiga pemimpin DAP iaitu Ahli Parlimen Stampin, Chong Chieng Jen; Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh (RM5 juta) dan Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng.

Ketiga-tiga mereka diminta membayar ganti rugi RM5 juta atas kenyataan-kenyataan yang didakwa menjejaskan nama baik Kamarul Zaman.

“Sama-samalah doakan kejayaan saya dalam kelima-lima kes ini dan kes-kes lainnya,” jelasnya. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.