nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kes rogol : Mahkamah lepas, bebas Da’i Syed

4 NOV : Mahkamah Rayuan hari ini melepas dan membebaskan bekas peserta program TV, Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful atau Da’i Syed daripada pertuduhan merogol seorang wanita, tujuh tahun lalu.

Da’i Syed dilihat tidak dapat menahan tangis ketika keputusan yang memihak kepadanya itu dibacakan.

Keputusan dibuat menerusi majoriti 2-1 selepas panel tiga hakim membenarkan rayuan akhir dikemukakan Da’i Syed.

Panel dipengerusikan Datuk Azman Abdullah bersama Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid menyokong rayuan itu, manakala seorang lagi hakim, Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid tidak bersetuju.

Mahkamah mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 10 tahun serta tiga sebatan yang diputuskan sebelum ini.

Ketika membacakan keputusan, Azman berkata terdapat kekhilafan serius dalam keputusan mahkamah terdahulu ketika mensabitkan perayu.

Beliau berkata, pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Antara perkara yang dipertimbangkan panel ialah komunikasi berterusan antara Da’i Syed dan pengadu selama beberapa bulan, termasuk perbualan santai yang dimulakan pengadu.

Mahkamah turut mengambil kira kelewatan pengadu membuat laporan polis selama 441 hari selepas kejadian serta perubahan sikapnya selepas perayu tidak lagi menunjukkan minat terhadapnya.

Berdasarkan penilaian keseluruhan keterangan, mahkamah memutuskan terdapat kekhilafan dalam keputusan mahkamah terdahulu sehingga sabitan dan hukuman terhadap Da’i Syed diketepikan.

Mahkamah kemudian memerintahkan beliau dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan berkenaan.

Bagaimanapun, dalam nasihatnya kepada perayu, Azman mengingatkan Da’i Syed supaya tidak menyalahgunakan populariti untuk mengambil kesempatan terhadap individu yang berada dalam keadaan terdesak atau mudah terpengaruh.

Beliau berkata, perbuatan mengambil kesempatan terhadap emosi seseorang boleh mencemarkan nama baik golongan yang membawa imej agama serta menyeru kepada kebaikan.

Terdahulu, Da’i Syed didakwa merogol seorang wanita berusia 23 tahun di sebuah kondominium di I-City, Shah Alam, kira-kira jam 1.35 pagi pada 11 September 2019.

Pada 30 Ogos 2024, Mahkamah Sesyen mensabitkannya atas pertuduhan itu dan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun serta tiga sebatan.

Mahkamah Tinggi Shah Alam kemudian mengekalkan sabitan dan hukuman berkenaan pada 23 Januari lalu sebelum Da’i Syed mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.