nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Golongan hilang kerja boleh minta bantuan SIP, EMP

24 NOV: Masalah pembuangan pekerja oleh pihak majikan atau syarikat adalah fenomena global dan Malaysia tidak terkecuali menerima tempias dan kesannya akibat penularan pendemik COVID-19.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, kementeriannya cukup memahami dan prihatin dengan permasalahan yang dihadapi oleh pekerja yang diberhentikan kerja di negara ini.

Menurut beliau, kementerian menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sedia membantu mereka yang dibuang kerja serta merta dan berdaftar dengan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) untuk mendapatkan bantuan Elaun Mencari Pekerjaan (EMP), sehingga 6 bulan tertakluk kepada syarat kelayakan caruman.

Saravanan menambah, bayaran elaun akan dibuat antara 80 peratus hingga 30 peratus daripada gaji akhir, di bawah had gaji RM4,000 sebulan.

M SARAVANAN
M SARAVANAN

“Sebagai contohnya, dalam isu Malindo Airways, sehingga 15 November 2020, seramai 1,086 pekerja Malindo Airways telah pun mengemukakan permohonan untuk mendapatkan bantuan faedah SIP.

“Daripada jumlah tersebut, seramai 749 penerima faedah telah menerima bantuan SIP berjumlah RM928,000. Baki pemohon masih dalam proses tindakan Perkeso,” katanya dalam sesi soal jawab Dewan Rakyat, hari ini.

Saravanan menjawab, soalan Ahli Parlimen PH Bukit Gelugor Ramkarpal Singh yang meminta Menteri Sumber Manusia menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan bagi membantu pekerja-pekerja yang telah pun secara rataratanya diberhentikan kerja seperti yang telah dilaporkan secara meluas dalam media baru-baru ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, SIP juga menyediakan bantuan lain seperti Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA), Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB), Elaun Latihan, Fi Latihan dan Faedah bantuan pencarian pekerjaan.

Pada masa yang sama, Saravanan berkata, pekerja yang telah diberhentikan kerja, mereka boleh mendaftar dengan Portal MYFutureJobs iaitu portal pekerjaan yang membantu mereka mendapatkan pekerjaan.

“Dalam kes Malindo Airways, seramai 96 orang bekas pekerja telah berjaya ditempatkan semula dalam pekerjaan baharu melalui portal ini. Proses untuk membuat pemadanan dan carian pekerjaan untuk bekas pekerja Malindo Airways sedang giat diteruskan,” katanya.

Beliau berkata kementerian juga, melalui Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) mempunyai pelbagai inisiatif di bawah Penjana HRDF yang dapat membantu pekerja yang telah hilang pekerjaan atau yang mungkin akan kehilangan kerja.

“Kementerian melalui PSMB telah melaksanakan skim Place & Train di bawah Inisiatif PENJANA HRDF. Kementerian tidak memandang ringan berhubung aspek penempatan pelatih dalam pekerjaan yang dijanjikan. Pengesanan di peringkat awal telah turut dilakukan oleh Kementerian sejurus pelatih tersebut menamatkan latihan,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.