nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

KVDT2: Anthony Loke panas hati ditempelak Ka Siong

24 NOV: Ahli Parlimen PH Seremban, Anthony Loke kelihatan ‘panas’ apabila kepincangan projek Landasan Berkembar Lembah Klang 2 (KVDT2) didedahkan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Anthony yang merupakan bekas Menteri Pengangkutan era Pakatan Harapan (PH) tidak berpuas hati apabila Ka Siong membentangkan fakta sebenar berkaitan projek tersebut.

Malah, beliau meninggikan suara semasa bangkit mencelah beberapa kali ketika Ka Siong menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) peringkat dasar bagi kementeriannya.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun seterusnya menasihatkan Anthony supaya bertenang dan memberi ruang kepada Ka Siong untuk meneruskan penggulungan.

Seperti yang dijelaskan oleh Ka Siong, segala pendedahan yang dibuatnya itu adalah berdasarkan fakta dan beliau sanggup meletak jawatan sekiranya ada perkara yang dinyatakan tidak benar.

Ahli Parlimen BN Ayer Hitam itu juga menyatakan, beliau hanya ingin menjawab segala tuduhan yang dilemparkan oleh Anthony ketika membahaskan Belanjawan 2021 dalam sidang Dewan Rakyat baru-baru ini.

Beliau berkata, Anthony pernah memberitahu Kabinet pada 19 September 2018 bahawa kos projek KVDT2 dapat dikurangkan jika dilakukan secara tender terbuka.

Namun, menurut Ka Siong, Anthony sendiri yang mengangkat Memorandum Kabinet pada 5 Julai 2019 untuk menganugerahkan projek KVDT2 secara rundingan terus kepada syarikat Dhaya Maju LTAT Sdn. Bhd. (DM-LTAT).

“YB Seremban lupa juga, beliaulah yang telah mendengar pembentangan mengenai kajian harga anggaran yang jauh lebih rendah bagi projek KVDT2 oleh syarikat Opus Consultant (M) Sdn. Bhd., satu-satu anak syarikat Khazanah Nasional Bhd. sebanyak dua kali pada 2018.

“Namun, perkara yang dapat memanfaatkan rakyat dan negara ini tidak dimaklumkan kepada Jemaah Menteri.

“YB Seremban, kalau laporan Opus Consultant itu tidak formal, kenapakah Yang Berhormat mencadang kepada Kementerian Kewangan untuk mempertimbangkan Opus Consultant sebagai perunding penyemak bebas? Surat niat atau Letter of Intent juga telahpun diberikan oleh Kementerian Kewangan kepada Opus Consultants. Cuma sebelum surat setuju terima dikeluarkan, Kerajaan PH telah runtuh,” katanya.

Ka Siong menambah, Anthony telah mengesahkan dalam sidang Dewan Rakyat pada 9 Julai 2019 bahawa Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB), sebagai pengguna landasan kereta api, telah menulis surat kepada Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kewangan yang menyatakan kebimbangan mereka sekiranya syarikat DM-LTAT dianugerahkan projek KVDT2 secara langsung.

Beliau memberitahu, antara perkara yang dimaklumkan kepada Anthonu termasuk kelemahan syarikat berkenaan dalam projek KVDT Fasa 1, termasuk kelewatan, peralatan yang tidak mencukupi dan pekerja kompeten yang tidak mencukupi.

“Sekiranya projek KVDT2 dianugerahkan kepada syarikat tersebut, sumber yang sama akan digunakan untuk kedua-dua fasa KVDT, menyebabkan masalah yang lebih besar kepada kedua-dua fasa,” jelasnya.

Seperti yang dibentangkan oleh Ka Siong, keputusan untuk menamatkan Surat Setuju Terima projek (SST), di mana perjanjian rasmi projek belum ditandatangani, bukan keputusan beliau sendiri, tetapi dibuat oleh Kabinet selepas mempertimbangkan pelbagai input, termasuk pandangan Jabatan Peguam Negara.

“Kementerian Pengangkutan telah menyenaraikan baik buruk dalam mempertahankan keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan PH dan penamatan SST dalam Memorandum Kabinet yang berkenaan.

“Semasa mengesahkan minit berkaitan keputusan untuk menamatkan SST pada 2 September 2020, Kementerian Pengangkutan turut mengemukakan pandangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertarikh 1 September 2020 yang mengesahkan bahawa perolehan projek KVDT2 zaman PH tidak dilaksanakan mengikut prosedur perolehan kerajaan semasa dan merumuskan projek tersebut sepatutnya ditawarkan secara tender terbuka,” ujarnya.

Ka Siong berkata, segala tuduhan dalam afidavit Ketua Pegawai Eksekutif DM-LTAT bertarikh 27 Oktober 2020 yang dikemukakan oleh Anthony adalah satu pembohongan dan fitnah.

Menurut Presiden MCA itu, setelah menerima afidavit tersebut, beliau telah meminta nasihat undang-undang dan dinasihatkan supaya membersihkan nama saya melalui proses perundangan kerana afidavit tersebut dilindungi oleh absolute privilege principle.

“Namun, saya telah menjangkakan perkara ini akan dipolitikkan, walaupun saya tak sangka YB Seremban yang mempolitikkannya memandangkan rekod beliau yang memperjuangkan tender terbuka bagi projek KVDT2 sebelum ini,” katanya.

Beliau menambah, peratus kemajuan projek keseluruhan yang dikemukakan oleh DM-LTAT kepada Kementerian Pengangkutan adalah 12 peratus sahaja setakat 13 September 2020 dan bukannya 24 peratus yang dikatakan oleh Anthony. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.