nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

AS ucap tahniah kepada Malaysia kejayaan anjur APEC

25 NOV: Kerajaan Amerika Syarikat (AS) mengucapkan tahniah kepada Malaysia atas kejayaan selaku tuan rumah, Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang menyaksikan Deklarasi Kuala Lumpur diisytiharkan serta pelancaran Visi Putrajaya 2040, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, ucapan itu disampaikan oleh Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia Kamala Shirin Lakhdhir bagi pihak kerajaan AS ketika melakukan kunjungan hormat ke atas beliau di pejabatnya di bangunan Parlimen, semalam.

Katanya, pengisytiharan Deklarasi Kuala Lumpur dan pelancaran Visi Putrajaya 2040 itu bakal menjadi aspirasi baharu kepada komuniti APEC bagi pertumbuhan ekonomi serantau dalam tempoh 20 tahun akan datang.

“Melalui Puan Yang Terutama Kamala, saya telah menyampaikan penghargaan kerajaan Malaysia selaku hos APEC 2020 kepada Presiden Donald Trump atas pembabitan beliau mewakili Amerika Syarikat pada Sidang Kemuncak APEC yang telah berlangsung secara maya pada 20 November lalu,” kata Muhyiddin menerusi Facebooknya, hari ini.

Muhyiddin berkata, Kamala turut berkongsi mengenai perkembangan terkini vaksin COVID-19 keluaran syarikat bioteknologi dan farmaseutikal AS yang sedang melalui proses ujian dan kelulusan Agensi Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA).

Katanya, beliau menyambut baik perkembangan itu dan berharap, akses kepada vaksin berkenaan dibuat secara adil dan saksama apabila dilancarkan kelak.

Selain itu, beliau berkata, perbincangan juga tertumpu kepada beberapa hal berkaitan mempertingkatkan kerjasama dua hala, termasuk bidang perdagangan, pelaburan, kewangan dan pendidikan serta isu geopolitik serantau serta keselamatan antarabangsa.

“Saya akhiri pertemuan dengan menzahirkan harapan agar hubungan Malaysia dan Amerika Syarikat yang terjalin sekian lama dapat diperkukuhkan lagi pada masa hadapan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.