nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Azmin minta Anwar hentikan usaha nak jadi PM

29 NOV: Hentikanlah dulu impian nak jadi Perdana Menteri sebaliknya letakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan.

Demikian tegas Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata, Pakatan Harapan (PH) terutamanya Anwar harus melihat kepada agenda politik yang mengutamakan rakyat.

Katanya, rakyat tidak mahu ada tindakan politik yang boleh menjejaskan kestabilan kerajaan sehingga menganggu usaha pemulihan ekonomi.

“Saya bukan sebahagian PH tetapi peringatan saya kepada pemimpin PH, tinggalkanlah politik yang melampau.

“Rakyat mahu melihat kerajaan yang stabil, yang dapat meyelamatkan nyawa mereka dan membantu mereka terus menjalankan kehidupan harian termasuk menjamin pekerjaan.

“Ini mesti diberi perhatian serius terutama Ketua Pembangkang yang perlu hentikan dulu usaha hendak jadi Perdana Menteri,” katanya ketika ditemui pemberita selepas bertemu penduduk di Gombak hari ini.

Bekas Timbalan Presiden PKR itu diminta mengulas tindak-tanduk pimpinan PH yang masih berusaha menolak Belajawan 2021 di peringkat jawatankuasa.

Sedangkan Anwar dan PH yang berpeluang meminta undian belah bahagian ketika peringkat dasar tidak pula mahu berbuat demikian sehingga dikecam ramai penyokong sendiri di sebalik keputusan tersebut.

Justeru, tindakan Anwar terus mengulangi mahu Belanjawan 2021 ditolak dilihat tidak lebih sekadar ayat politik bagi menjejaskan kestabilan kerajaan kerana jelas beliau tidak pun mempunyai sokongan yang cukup di Dewan Rakyat.

Sedangkan pada hujung September lalu, beliau mendakwa mempunyai cukup bilangan Ahli parlimen membentuk kerajaan dengan majoriti meyakinkan – dakwaan yang diragui banyak pihak termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri.

Mohamed Azmin pada masa sama mempersoalkan, setelah pandangan mereka didengar, kenapa masih ada usaha di pihak pembangkang untuk menggagalkan Belanjawan 2021.

Katanya, sedangkan keterbukaan kerajaan PN melakukan konsultasi dengan pembangkang tidak pernah berlaku ketika era Lim Guan Eng dan Anwar menerajui Kementerian Kewangan.

“Pernah mereka lakukan perkara seumpama ini (berunding pembangkang). Saya ingin tanya Anwar Ibrahim. Dia Menteri Kewangan (90-an) tetapi dia tidak pernah berkongsi maklumat, data dengan pembangkang.

“Guan Eng pernah menjadi Menteri Kewangan tetapi beliau juga tidak ambil pendekatan terbuka seperti kerajaan PN,” jelas Mohamed Azmin. -Oleh M. HERMAN HAMID

Get real time updates directly on you device, subscribe now.