nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Bersatu Sabah yakin jaminan PM bukan retorik

29 NOV: Badan Kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah menyambut baik jaminan yang diberikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung rundingan hasil petroleum dan gas di negeri itu.

Ketua Penerangan Bersatu Sabah, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, rundingan tersebut sudah pasti akan memberi manfaat kepada rakyat Sabah dari pelbagai sudut menerusi industri itu apabila ia dilaksanakan.

Khairul Firdaus Akhbar Khan

“Lonjakan menerusi industri ini secara langsung turut menghidangkan limpahan kemakmuran dari pelbagai bentuk sama ada ekonomi mahu pun sosial yang mampu menjamin kemakmuran rakyat negeri Sabah yang tercinta ini.

“Hakikatnya, rakyat Sabah sudah lama menantikan agar perkara ini dapat diselesaikan secepat yang mungkin demi memelihara kepentingan rakyat Sabah keseluruhannya,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Justeru itu, Khairul Firdaus memberitahu pihaknya bersyukur apabila Presiden memberi jaminan kesungguhan dan komitmen penuh bagi memulakan rundingan terbabit.

“Bersatu Sabah yakin dan percaya, bahawa kenyataan Perdana Menteri bukanlah retorik, tetapi merupakan satu gerakan yang cukup signifikan di dalam konteks Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) itu sendiri.

“Apa juga yang bakal dimeterai di dalam rundingan itu nanti, pastinya ia akan memberikan impak positif berskala besar dalam melonjakkan lagi industri petroleum dan gas di negeri ini,” katanya.

Sementara itu, Khairul Firdaus menambah Bersatu Sabah kagum dengan kesungguhan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dalam memperjuangkan perkara ini menerusi pembentangan usul sempena Perhimpunan Agung Tahunan Kali Ketiga Bersatu semalam.

“Dalam ucapan penggulungan, Perdana Menteri merangkap Presiden Bersatu secara terbuka berikrar akan melaksanakan perkara itu dengan segera yang mungkin untuk kebaikan rakyat Sabah dan sebagai tanda terima kasih di atas sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini.

“Dengan ikrar itu, ia jelas menggambarkan hubungan akrab antara kerajaan negeri di bawah payung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dengan kerajaan Pusat.

“Dengan wujudnya keadaan ini, sudah pasti mampu mewujudkan iklim baik dari segenap sudut demi kemajuan Sabah supaya dapat direalisasikan di bawah kepimpinan era baru secepat yang mungkin,” katanya.

Sehubungan itu, Khairul Firdaus berkata, moto ‘Sabah Maju Jaya’ yang digagaskan oleh Hajiji bersama barisan kabinet pastinya boleh tercapai dengan kesungguhan serta perpaduan yang ditunjukkan oleh semua pihak demi kelangsungan negeri ini.

“Akhirnya, perpaduan dalam kalangan ahli Bersatu dan rakan dalam GRS harus diperkasakan untuk memastikan kita semua dapat hayati dan seterusnya melaksanakan seruan Perdana Menteri agar ikhlas, terus bekerja dan memberikan khidmat terbaik kepada rakyat supaya PN terus menjadi sandaran dan pilihan rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 akan datang,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.