nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

1,472 kes baru, lebih separuh dikesan di Selangor

1 DIS: Kes baharu COVID-19 hari ini kekal empat angka dengan 1,472 penularan dikesan di seluruh negara, meningkat berbanding semalam yang mencatatkan 1,212 kes.

Pada masa sama, kes sembuh dari jangkitan COVID-19 terus mencatatkan angka yang tinggi dengan 1,552 kes dilaporkan hari ini, mengatasi kes baru seperti mana semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, hampir 60 peratus daripada kes baru hari ini dilaporkan di Selangor yang mencatatkan 891 kes diikuti Sabah (267 kes) dan Negeri Sembilan, 146 kes.

Menurut beliau, peningkatan di Selangor itu disebabkan kes dari Kluster Teratai di Klang melibatkan pekerja sebuah kilang sarung tangan getah yang mencatatkan 778 kes atau bersamaan 87.3 peratus kes baru di negeri tersebut.

“Sejak diumumkan pada 7 November lalu, sejumlah 6,603 individu telah disaring bagi Kluster Teratai. Daripada jumlah ini, sebanyak 5,056 kes telah dikesan positif COVID-19 yang melibatkan 331 warganegara dan 4,725 (93.5 peratus) kes adalah bukan warganegara.

“Sebanyak 1,501 individu dikesan negatif manakala 46 individu masih menunggu keputusan. Kesemua kes-kes positif ini telah diasingkan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Tambah Noor Hisham, secara keseluruhan dalam tempoh seminggu yang lepas, negeri-negeri di seluruh Malaysia telah menunjukkan jumlah pelaporan kes harian yang lebih stabil.

Katanya, sebahagian besar daripada kes-kes yang dilaporkan kebelakangan ini adalah berpunca dari tapak binaan dan kilang.

“Angka yang tinggi ini adalah susulan perluasan pengesanan kes secara aktif dan pengesanan kontak rapat yang dijalankan di lapangan,” jelasnya.

Dalam pada itu, kata Noor Hisham, jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia kini mencecah sebanyak 67,169 kes dengan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 10,495 kes.

“Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat lima kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala 1,467 kes pula adalah merupakan penularan COVID-19 dalam negara.

“Sehingga kini, terdapat 120 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 44 kes memerlukan bantuan pernafasan,” ujarnya.

Katanya, dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan tiga kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 363 kes.

“Kematian pertama melibatkan seorang wanita berusia 64 tahun di Hospital Tawau, diikuti seorang lelaki (51 tahun) di Hospital Sandakan.

“Kematian ke-363 pula seorang lelaki bukan warnagera berusia 24 tahun tanpa latar belakang penyakit yang dilaporkan di Hospital Sandakan,” katanya.

Sementara itu, negeri lain melaporkan kes baru COVID-19 adalah Johor (68), Pulau Pinang (29), Kuala Lumpur (26), Kedah (21), Perak (13), Kelantan (10) dan Sarawak, satu.

Negeri-negeri yang mencatatkan sifar kes baru hari ini ialah Perlis, Pahang, Terengganu, Labuan, Putrajaya dan Melaka.-Oleh M. HERMAN HAMID

Get real time updates directly on you device, subscribe now.