nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Sudah boleh rentas daerah, negeri kecuali kawasan PKPD

5 DIS: Kerajaan membenarkan pergerakan merentas daerah dan negeri di seluruh negara mulai Isnin ini kecuali di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan(PKPD).

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bermula Isnin ini juga, polis tidak lagi akan melaksanakan sekatan jalan raya, sebaliknya menguat kuasa pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

“Seperti yang saya katakan, perlu ada keseimbangan antara keperluan ekonomi dan menjaga kesihatan. Seperti yang kita tahu 31 Disember ini, Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akan berakhir tetapi kita masih belum tahu sama ada akan disambung atau sebaliknya.

ISMAIL SABRI YAAKOB

“Beberapa kelonggaran telah dipersetujui dalam sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN). Antaranya, adalah bersetuju supaya rentas daerah dan negeri dibenarkan di seluruh negara kecuali di kawasan PKPD. Yang lain benarkan berlaku rentas daerah tanpa kebenaran pihak polis lagi dan mulai 7 Disember pihak polis tiada lakukan sekatan jalan raya.

“Namun walau tiada sekatan jalan raya, mereka boleh memfokuskan pematuhan SOP kerana rakyat perlu patut pada SOP. Ini, satu cara kurangkan penularan COVID-19 ini. Jadi, sebab itu polis di bawah task force akan berada di mana-mana untuk pastikan pematuhan SOP,” kataya dalam sidang media di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Ismail Sabri memberitahu, kerajaan telah bersetuju untuk melonggarkan peraturan tiga orang dalam satu kereta.

“Walau bagaimanapun, saya amat berharap agar setiap dari kita menjaga keselamatan diri masing-masing dan mengambil langkah-langkah pencegahan.

“Vaksin terbaik masa kini bagi menangani COVID-19 ini adalah diri kita sendiri dengan mengikut norma baharu kehidupan,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan seramai 491 individu semalam atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menurut beliau, daripada jumlah itu, seramai 437 individu dikompaun manakala 54 orang pula direman.

“Antara kesalahan ingkar SOP termasuk gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (294), tidak memakai pelitup muka (70), gagal menyediakan peralatan/merekod butiran pelanggan(70), rentas daerah/negeri PKPB tanpa kebenaran (23) dan lain-lain (34),” katanya.

Berhubung Op Benteng semalam, beliau memberitahu, pasukan keselamatan berjaya menahan 116 pendatang asing tanpa izin (PATI), 11 tekong serta merampas sebuah bot/kapal dan sebuah kenderaan darat. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.