nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tindakan tegas peniaga guna logo halal palsu

8 DIS: Kerajaan tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana peniaga yang cuba mengambil kesempatan menggunakan perbahasaan halal secara palsu untuk memperdaya dan mengelirukan pengguna sehingga menyebabkan hak dan kepentingan mereka terjejas.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kementeriannya akan bekerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) akan terus melakukan pemantauan dan pemeriksaan peruncit, pemborong dan pengedar produk daging sejuk beku di seluruh negara dari semasa ke semasa.

Sebagai tindakan awal, Alexander berkata, beliau sudah mengeluarkan arahan kepada Pejabat KPDNHEP pada 4 Disember lalu, untuk menjalankan pemeriksaan dan penguatkuasaan terhadap peruncit, pemborong dan pengedar produk daging sejuk beku di seluruh negara.

ALEXANDER NANTA LINGGI
ALEXANDER NANTA LINGGI

“Pemeriksaan dijalankan secara bersepadu dengan agensi lain khususnya dengan pegawai-pegawai daripada JAKIM dan JAIN. Bermula dari 4 hingga 6 Disember 2020 sejumlah 128 premis telah diperiksa dan tiada tindakan kes diambil selain kes awal di Johor, baru-baru ini.

“KPDNHEP juga bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dan Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) dalam isu melibatkan pengimportan produk daging sejuk beku.

“Tindakan penguatkuasaan bersepadu dijalankan bersama dan tindakan kes akan diambil mengikut bidang kuasa agensi masing-masing,” katanya dalam sesi waktu pertanyaan menteri sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen PAS Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman yang meminta menteri berkenaan menyatakan perkembangan siasatan dan langkah tegas kementerian dalam menangani kes kartel daging import haram yang turut memproses daging babi di Senai, Johor baru-baru ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Alexander mengesahkan KPDNHEP akan menyerahkan kertas siasatan kes kartel daging import haram yang dibongkar pihak berkuasa di Senai, Johor, baru-baru ini kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut selepas ia siap kelak.

Beliau berkata, siasatan di bawah Perenggan 8, Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 iaitu mana-mana orang yang memperaku bahawa mana-mana makanan, barang-barang atau perkhidmatan yang berhubung dengan makanan atau barang-barang itu adalah halal, bertentangan dengan perintah berkenaan.

“Jika disabit kesalahan, syarikat boleh dikenakan denda tidak melebihi RM200,000.00 dan bagi kesalahan kedua dan berikutnya, boleh didenda tidak melebihi RM500,000.00.

“Siasatan lanjut juga akan dijalankan di bawah Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 sekiranya didapati bahawa sumber produk tersebut adalah diperolehi daripada sumber atau daging yang tidak halal,” katanya.

Beliau berkata, ketika ini pegawai penyiasat dalam proses mengumpul bukti-bukti, mengambil keterangan dan rakaman percakapan saksi-saksi berkaitan serta mendapatkan maklumat dan dokumen lain dari agensi yang berkaitan.

“Siasatan awal juga mendapati tiada daging babi ditemui di tempat kejadian. Kes akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya selepas siasatan selesai untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.