nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PBAPP patut bayar caj ekstrak air mentah Kedah

13 DIS: Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) sepatutnya membayar caj pengekstrakan air dari sumber air mentah negeri Kedah agar manfaatnya dapat dikongsikan secara bersama bagi rakyat di kedua-dua negeri.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, adalah tidak wajar Kedah mengorbankan tanah hutan yang luas dan menanggung kos penyelenggaraan sumber dan aliran, sementara Pulau Pinang pula menikmati faedah dan keuntungan secara percuma.

“Adalah diharapkan faktor-faktor berbangkit ini menjadi pertimbangan PBAPP dan kerajaan negeri Pulau Pinang untuk membuat bayaran sewajarnya kepada Kedah melalui Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK).

“Kerajaan Persekutuan diharapkan dapat menjadi fasilitator untuk menjayakan rundingan antara kedua-dua negeri dan agensi terbabit,” katanya dalam kenyataan melalui laman Facebook beliau, hari ini.

sanusi
MUHAMMAD SANUSI MD NOR

Beliau menambah, LSANK mengenakan caj kepada pihak Syarikat Air Darul Aman (SADA) bagi setiap meter padu yang diekstrak (800 mld) bagi tujuan membekalkan bekalan air terawat kepada seluruh rakyat Kedah.

“Kenaan caj yang sama patut dikenakan kepada pihak PBAPP yang mengekstrak setiap meter padu menggunakan sumber air berasal dari Sungai Muda, walaupun sumber air yang diekstrak adalah di sebelah sempadan negeri Pulau Pinang tetapi sumber asal air tersebut adalah dari Sungai Muda di Kawasan Tadahan Ulu Muda,” jelasnya.

Muhammad Sanusi berpandangan, Perjanjian 1985 perlu disemak semula memandangkan keperluan bekalan air semakin meningkat di samping keperluan kepada pembangunan dan pengekalan kelestarian alam semulajadi bagi tujuan mengekalkan sumber air turut meningkat.

Beliau menambah, merujuk kepada perjanjian tersebut, persepakatan yang dicapai adalah bertujuan ‘menjamin bekalan air dari Ulu Muda yang terletak di negeri Kedah’.

“Jaminan hanya bermaksud menjamin bekalan air kepada Pulau Pinang, bukan jaminan bekalan air mentah secara percuma selama-lamanya,” ujarnya.

Muhammad Sanusi memberitahu, selepas 35 tahun, keperluan untuk mengekalkan bekalan sumber air agar jaminan tersebut berterusan telah berubah mengikut keperluan dan permintaan bekalan air terawat pada masa kini.

“Apabila wujud kos untuk penyelenggaraan sumber dan aliran, sewajarnya kos itu turut dipikul oleh Pulau Pinang selaku pihak penerima faedah. Apatah lagi, kos melepas akibat pengekalan kawasan tadahan di Ulu Muda semakin hari semakin meningkat,” katanya.

Beliau berkata, bagi tujuan pengekalan dan kelestarian alam semulajadi, ia memerlukan kos pemeliharaan dan pemuliharaan yang tinggi untuk memastikan sumber asli tersebut benar-benar terjamin.

Menurut beliau, dari perspektif keadilan sosial, PBAPP perlu bersama-sama bertanggung-jawab memastikan sumbangan kepada rakyat benar-benar dapat disumbangkan daripada sumber yang betul dan bertindak adil kepada agensi-agensi pemberi perkhidmatan kepada rakyat.

“Perkongsian kos yang sama akan lebih memanfaatkan rakyat keseluruhannya,” katanya. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.