nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Annuar dedah kes jual tanah DBKL, Khalid yang panas

14 DIS: Pendedahan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, bahawa beliau tidak pernah menandatangani sebarang perjualan tanah atau aset milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada sebuah syarikat swasta, sebaliknya ia dibuat pada 2019 di zaman Ahli Parlimen PH Shah Alam, Khalid Abdul Samad menjadi menteri menimbulkan suasana panas dan kecoh dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Annuar yang juga Ahli Parlimen BN Ketereh, berterima kasih dan menyambut baik pendedahan beberapa Ahli Parlimen PH termasuk Teresa Kok dan Pengerusi DAP, Tan Kok Wai (Ahli Parlimen Cheras) berhubung transaksi meragukan dalam penjualan tanah milik DBKL kepada sebuah syarikat swasta, baru-baru ini.

Bagaimanapun, Annuar menjelaskan, sehingga hari ini beliau belum pernah menandatangani sebarang perjanjian penjualan aset milik DBKL kepada mana-mana syarikat swasta.

”Saya memang serius berhubung pendedahan YB mengenai penjualan aset kepada syarikat terbabit. Namun, setakat saya jadi Menteri Wilayah belum ada penjualan aset berlaku. Saya tidak pernah membuat keputusan menjual mana-mana aset setakat ini. Malah, saya sedang menggubal satu prosedur operasi standard (SOP) baharu yang lebih ketat dalam soal penjualan aset.

“Merujuk kepada YB katakan itu maklumat awal saya terima proses penjualan aset berlaku ketika kerajaan PH. Saya akan semak perkara ini yang boleh memberikan jawapan lebih tepat adalah YB Shah Alam.

“Kita perlu siasat lebih lanjut kerana penjualan aset berkenaan dikatakan berlaku di penghujung tahun 2019 dan saya mempunyai beberapa salinan surat membenarkan dan menyetujui perkara itu diteruskan. Yang pastinya perjualan berkenaan tidak berlaku di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekarang,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Wilayah Persekutuan dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab persoalan dibangkitkan Teresa dalam perbahasannya mengenai kononnya Kementerian Wilayah Persekutuan sudah menandatangani perjanjian penjualan tanah milik DBKL kepada sebuah syarikat swasta pada Jun lalu.

Bagaimanapun, pendedahan dibuat Annuar itu menimbulkan rasa tidak puas hati Khalid yang mencabar Menteri Wilayah berkenaan mengulangi kenyataannya di luar Dewan Rakyat jika berani berdepan dengan tindakan undang-undang.

Berikutan itu, Annuar memberi jaminan kepada Teresa dan Dewan Rakyat untuk menjalankan siasatan terperinci berhubung wujud transaksi meragukan dalam proses perjualan aset dan tanah milik DBKL kepada syarikat swasta terbabit.

“Kita akan lihat secara terperinci supaya jangan kita melakukan kesilapan tersalah tuduh dan sebagainya. Cuma di bawah kerajaan PN sekarang saya belum memberikan sebarang kelulusan untuk penjualan mana-mana aset.

“Tetapi kalau ada keputusan dibuat Menteri terdahulu maka ia perlu mengikut jalur undang-undang tertentu. Ini kerana DBKL banyak disaman dan menghadapi tuntutan ganti rugi bernilai ratusan juta ringgit kerana dibuat oleh mereka yang menandatangani perjanjian dan sebagainya.

“Pendirian saya adalah jelas semua perkara mestilah mengikut jalur undang-undang dan semak maklumat bahawa menteri sebelum saya memberikan persetujuan,” katanya.

Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Wilayah Persekutuan melibatkan peruntukan lebih RM256 juta diluluskan selepas diputuskan menerusi undian belah bahagi.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun ketika mengumumkan perkara itu berkata, seramai 110 Ahli Parlimen bersetuju, tujuh menolak, 31 tidak mengundi dan 72 tidak hadir.

Dewan Rakyat
Tiga Ahli Parlimen yang menjalani perintah kuarantin memakai PPR ketika undian belah bahagi Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa Kementerian Wilayah Persekutuan dijalankan.

Terdahulu, wakil-wakil pembangkang yang menyokong undian belah bahagian dijalankan bertindak keluar Dewan Rakyat dan tidak mengambil bahagian dalam undian selepas mereka tidak berpuas hati dengan penjelasan Azhar mengenai kebenaran mengundi kepada tiga Ahli Parlimen yang diarahkan menjalani kuarantin di rumah.

Tiga Ahli Parlimen itu adalah Ahli Parlimen BN Tapah, Datuk Seri M Saravanan yang juga Menteri Sumber Manusia; Ahli Parlimen BN Tenggara, Datuk Seri Dr Adham Baba (Menteri Kesihatan) dan Ahli Parlimen PH Batu, P Parabakaran.

Ahli Parlimen PH Kuala Langat, Datuk Dr Xavier Jayakumar dan Ahli Parlimen PH Sepanggar bangkit mempersoalkan rasional membenarkan ketiga-tiga Ahli Parlimen itu memasuki dewan untuk mengundi.

Walau bagaimanapun, Azhar berkata, keputusan itu dibuat susulan tindakan seorang Ahli Parlimen yang bertindak melanggar kuarantin dan menyertai proses undian pada minggu lepas.

“Alasannya kerana mereka hendak mengundi, pada Khamis lalu terdapat Ahli Parlimen dari sebelah sini (pembangkang) yang tidak mematuhi perintah kuarantin dan datang mengundi.

“Saya tidak mahu perkara itu berlaku, lebih baik saya regulate proses pengundian ini,” jelasnya.

Selepas lebih lapan minit bangkit mempersoalkan keputusan Azhar, sebahagian besar wakil pembangkang keluar dewan sebagai tanda protes. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.