nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kos haji meningkat tahun depan, simpan duit lebih

22 DIS: Kerajaan meramalkan kos menunaikan ibadah haji bagi rakyat Malaysia akan meningkat pada tahun depan berikutan penularan pandemik COVID-19.

Untuk rekod, ketika ini kos menunaikan haji bagi jemaah muassasah adalah sebanyak RM9,980 berbanding jumlah sebenar bernilai RM22,900 jika tiada subsidi dibantu oleh Lembaga Tabung Haji (TH).

Sehubungan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri menasihatkan, pendeposit TH supaya menambah simpanan memandangkan kos pelaksanaan ibadat haji, pada masa hadapan dijangka akan meningkat ekoran pandemik COVID-19.

Beliau berkata, ketika ini penambahan kos ibadat itu hanyalah satu kebarangkalian sahaja tetapi semua pihak harus bersedia dengan perancangan yang akan diumumkan Arab Saudi.

Katanya, antara persediaan itu adalah saranan agar pendeposit menambah simpanan dalam akaun TH, bermula sekarang.

“Kita akan berbincang perkara (berkaitan kos) dari semasa ke semasa kerana setakat ini kita masih belum memperoleh unjuran kos lagi.

“Kita tidak dapat lagi stimulasi pergi dan balik haji termasuk penggunaan kapal terbang dalam menentukan kos itu,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan ke-37 di Menara Tabung Haji, Kuala Lumpur, hari ini.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, dalam tempoh terdekat ini, pihaknya akan melakukan pelbagai rundingan untuk mengetahui kos yang akan terkait termasuk memperincikan beberapa perkara mengenai ibadat haji.

“Dalam isu penambahan kos ini, kita hanya menjangkakan sahaja… Saya sendiri akan ke Arab Saudi dalam masa terdekat untuk berbincang dengan Menteri Haji dan Agama negara itu. Ia akan diperincikan lagi,” katanya.

Tambah beliau, sebarang keputusan penambahan kos ibadat haji juga akan dimuktamadkan selepas melalui proses perbincangan termasuk dibawa ke Kabinet. Kita tidak mahu keputusan membesarkan kos ini mengejutkan (semua pihak),” katanya.

Terdahulu, dalam ucapan perasmiannya, Zulkifli berkata, penambahan kos dan caj haji adalah berkait rapat dengan syarat serta prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 yang akan dikenakan kerajaan Arab Saudi.

“Jemaah bukan hanya perlu bersedia dari segi kewangan, malah tahap kesihatan yang baik serta perlu bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menyesuaikan diri nanti,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.