nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

9 tuduhan rasuah, nasib Isa Samad diputuskan 3 Feb

24 DIS: Nasib bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang berdepan sembilan pertuduhan rasuah sebanyak RM3 juta dalam kes pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak akan diketahui pada 3 Februari depan.

Memetik laporan Bernama, tarikh penentuan sama ada Mohd Isa akan dilepas atau disabitkan atas kesalahan tersebut ditetapkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Beliau berbuat demikian setelah mendengar hujahan daripada pihak pembelaan dan pendakwaan, pada akhir kes pembelaan hari ini.

“Saya tetapkan keputusan bagi kes ini hari Rabu (3 Februari) jam 9.30 pagi,” katanya.

Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz, manakala peguam Datuk Salehuddin Saidin mengetuai pasukan pembelaan.

Perbicaraan kes itu bermula pada 8 Oktober tahun lepas, dengan pihak pendakwaan memanggil 22 saksi untuk memberi keterangan.

Saksi pendakwaan yang dipanggil untuk memberi keterangan termasuklah bekas Pengarah Besar Felda, Datuk Hanapi Suhada; bekas Ketua Pegawai Eksekutif Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FICSB), Mohd Zaid Abdul Jalil dan bekas Ahli Lembaga Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd (GAPSB), Ikhwan Zaidel.

Pada 3 September lepas, pihak pembelaan menutup kesnya selepas memanggil enam saksi memberi keterangan, dalam prosiding yang berlangsung selama tiga hari pada 17 dan 19 Ogos, serta 3 Sept lepas, dengan Mohd Isa dipanggil sebagai saksi pembelaan pertama.

Saksi lain yang dipanggil memberi keterangan antaranya bekas Setiausaha Mohd Isa, Zuraida Ariffin @ Shaari, dan bekas Pegawai Khas Mohd Isa, Kamar Bashah Shariff.

Mohd Isa, 71, didakwa atas sembilan pertuduhan menerima suapan untuk dirinya berjumlah RM3,090,000 daripada Ikhwan, iaitu ahli lembaga GAPSB, menerusi individu bernama Muhammad Zahid Md Arip, sebagai tanda terima kasih bagi membantu meluluskan pembelian hotel oleh FICSB bagi RM160 juta.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di Tingkat 49, Menara Felda, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC di sini antara 21 Julai 2014 dan 11 Disember 2015.

Setiap pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pada 16 Jun lepas, Mahkamah Tinggi memerintahkan Mohd Isa yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan membela diri atas sembilan pertuduhan itu, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya mewujudkan kes prima facie terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, Mohd Isa dilepaskan dan dibebaskan daripada satu pertuduhan pecah amanah, berhubung pembelian hotel itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap pertuduhan itu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.