nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Akmal jawab dakwaan nelayan Melaka belum dapat GPS

3 NOV : Proses kelulusan kewangan dan perolehan serta keengganan menggunakan agensi kerajaan ketika tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) menjadi antara sebab bantuan GPS percuma kepada nelayan Melaka belum diagihkan.

Datuk Dr Akmal Saleh yang memegang portfolio Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka dalam penggal lalu berkata, kerajaan negeri hanya memperoleh kelulusan Jabatan Kewangan Negeri pada 15 September lalu sebelum proses perolehan diteruskan.

Beliau berkata, pihak yang menguruskan perolehan hanya dimaklumkan mengenai jumlah GPS yang perlu disediakan pada 18 September, sebelum proses berkenaan mengambil masa untuk diselesaikan.

Katanya, agihan juga tidak dilakukan selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan pada 26 September lalu bagi mengelakkan tindakan itu menimbulkan persepsi kerajaan menggunakan bantuan berkenaan untuk membeli undi nelayan.

“Saya tak nak gunakan bahawa bila dah dalam tempoh kempen ni, kita gunakan agensi, kita panggil nelayan, kita bagi GPS ni.

“Nanti esok, dia katakan bahawa kita nak beli undi pula nelayan ni dengan menggunakan GPS ini,” katanya menerusi video penjelasan yang dikongsikan di Facebook, hari ini.

Penjelasan itu dibuat susulan dakwaan sesetengah nelayan yang tular di media sosial kononnya usaha itu hanya janji kosong.

Akmal bagaimanapun memberi jaminan inisiatif membabitkan peruntukan hampir RM1 juta itu tetap diteruskan dengan agihan GPS bersama alat pengesan ikan (fish finder) kepada semua nelayan berlesen di negeri itu.

Menurutnya, pemberian kemudahan itu akan dilaksanakan secara berperingkat dan dijangka selesai selewat-lewatnya Disember 2026.

“Jadi insya-Allah, GPS itu dan juga fish finder tu akan kita berikan kepada semua nelayan berlesen mengikut fasa dan insya-Allah dia akan diberikan selewat-lewatnya pada Disember 2026,” katanya.

Beliau turut menegaskan pelaksanaan inisiatif itu tidak bergantung kepada kedudukannya sebagai Exco selepas PRN kerana ia merupakan dasar kerajaan negeri yang perlu diteruskan oleh pentadbiran baharu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.