nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Enam penggal jadi wakil rakyat sudah memadai

26 DIS : Ahli Parlimen Jasin, Datuk Seri Ahmad Hamzah mengumumkan beliau tidak akan bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Jasin yang disandangnya sejak 2008 pada Pilihanraya Umum ke 15 yang akan datang.

Menurut beliau, hasratnya itu sudahpun dimaklumkan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

“Bagi saya, sudah tiba masanya untuk kita memberikan peluang kepada muka-muka baharu untuk menjadi calon di kawasan parlimen ini pada PRU akan datang. Selain daripada faktor kesihatan, saya juga sedar bahawa landskap politik negara hari ini sudah berubah,”ujarnya.

Beliau menyatakan hasratnya itu dalam satu sidang media di Umbai Melaka hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan berkata tempoh perkhidmatan beliau sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Serkam dan Ahli Parlimen Jasin selama enam penggal sudah memadai buat beliau.

“Kini tiba masanya untuk saya bersara dari dunia politik,” ujarnya.

Sementara itu, beliau menuntut sebuah akhbar berbahasa Melayu agar membuat permohonan maaf secara terbuka kepadanya berikutan laporan akhbar tersebut yang mendakwa beliau mahu mempertahankan kerusi parlimen Jasin dan melobi untuk mendapatkan sokongan.

“Isu lobi melobi ini sepatutnya tidak timbul dan dakwaan itu jelas tidak bertanggungjawab serta mencabar kredibiliti saya sebagai timbalan menteri, selain memberi gambaran negatif terhadap saya serta dilihat boleh mengeruhkan situasi politik yang tidak menentu ketika ini.

“Justeru,saya menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada akhbar terbabit dalam tempoh seminggu dan telah membuat laporan polis berhubung artikel tersebut,” tegasnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.