nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ismail Lasim kekal MB Negeri Sembilan

20 NOV : Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menitahkan Datuk Ismail Lasim meneruskan tugas sebagai Menteri Besar negeri itu.

Perkara berkenaan disahkan Ismail selepas selesai menghadap Tuanku Muhriz hari ini, sekali gus menjelaskan kedudukannya yang menjadi tanda tanya susulan laporan mengenai peletakan jawatannya.

Menurut Ismail, Tuanku Muhriz mahu beliau meneruskan tanggungjawab berkenaan bagi menjamin kelangsungan pentadbiran negeri serta memastikan kebajikan rakyat terus diberi perhatian.

“Alhamdulillah saya telah diberi perkenan oleh Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, tuanku Muhriz untuk meneruskan tugas-tugas sebagai MB Negeri Sembilan.

“Sebab itu, saya akan terus melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan dengan penuh komitmen dan dedikasi,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Ismail turut menafikan pernah mengemuka atau memberi persetujuan supaya surat berkaitan peletakan jawatannya dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Besar.

“Saya tidak ada mengemukakan mahupun memberikan persetujuan untuk surat tersebut dikemukakan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

“Tak pernah setuju surat ini dihantar dan saya pun tak pernah hantar sendiri surat ini kepada Tuanku,” katanya.

Beliau turut menegaskan akan terus menjalankan tugas sebagai Menteri Besar selaras dengan titah Tuanku Muhriz.

“Saya kekal, (atas) titah Tuanku, saya terus menjalankan tugas Menteri Besar,” katanya.

Sebelum ini, kedudukan Ismail menjadi perhatian susulan laporan mengenai peletakan jawatannya.

Pada Ahad, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir memaklumkan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sudah menerima salinan surat peletakan jawatan Ismail bertarikh 16 November 2026 yang dihantar kepada Tuanku Muhriz.

Susulan itu, Pengelola Bijaya Diraja Negeri Sembilan dalam kenyataan memaklumkan pihak istana masih belum mengesahkan ketulenan surat peletakan jawatan Ismail meskipun salinan dokumen berkenaan telah dikemukakan.

Kenyataan itu menyebut selaras Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan, peletakan jawatan Menteri Besar hanya berkuat kuasa selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.