nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Turkiye setuju terima 10,000 Rohingya berkemahiran TVET

20 NOV : Seramai 10,000 pelarian Rohingya dari Malaysia bakal ditempatkan di Türkiye menerusi program latihan kemahiran Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) selama tiga hingga enam bulan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan perkembangan itu selepas Jemaah Menteri meluluskan cadangan berkenaan susulan lawatan kerja rasminya ke negara itu, baru-baru ini.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing (JKKPA) berkata, latihan berkenaan akan disusun mengikut keperluan sebenar sektor industri di Türkiye bagi menyediakan peserta dengan kemahiran yang diperlukan untuk memasuki pasaran pekerjaan.

“Pendekatan ini bukan sekadar menghantar pelarian Rohingya ke negara ketiga, sebaliknya memberi mereka peluang membina kehidupan baharu melalui program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) selama tiga hingga enam bulan, dengan bidang kemahiran yang diselaraskan mengikut keperluan sebenar pelbagai sektor industri di Türkiye,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, peserta akan diberikan latihan praktikal dan kompetensi pekerjaan yang relevan bagi meningkatkan kebolehpasaran mereka serta membolehkan mereka menyumbang kepada ekonomi negara penerima, tertakluk kepada peraturan yang berkuat kuasa di Türkiye.

Beliau berkata, inisiatif itu merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan mencari penyelesaian jangka panjang terhadap isu keberadaan pelarian Rohingya di Malaysia yang turut berkait dengan cabaran pengurusan migrasi dan keselamatan negara.

Ahmad Zahid menegaskan, pendekatan berkenaan perlu mengambil kira aspek kemanusiaan dan tidak hanya tertumpu kepada penguatkuasaan atau penghantaran pelarian ke negara lain.

“Penyelesaian isu pelarian tidak seharusnya hanya dilihat daripada perspektif penguatkuasaan dan penghantaran keluar semata-mata, tetapi juga mesti mengambil kira dimensi kemanusiaan. Mereka bukan sekadar dipindahkan dari sebuah negara ke negara lain, sebaliknya diberikan ilmu, kemahiran dan peluang untuk membina masa depan yang lebih terjamin,” katanya.

Inisiatif itu turut mengambil kira pendekatan penyelesaian jangka panjang oleh Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), khususnya melalui penempatan semula di negara ketiga dengan memberi perhatian kepada keselamatan, perlindungan dan maruah golongan berkenaan.

Pelaksanaan program itu akan diselaraskan bersama pihak berkuasa Türkiye, UNHCR serta agensi berkaitan, termasuk urusan pemilihan peserta, latihan, dokumentasi dan penempatan.

Proses berkenaan juga akan mengambil kira keperluan industri, persetujuan individu yang terbabit serta peraturan antarabangsa berkaitan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.