nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Larangan berhimpun sambut Tahun Baharu 2021

28 DIS: Kerajaan tidak membenarkan penganjuran sebarang aktiviti perhimpunan bagi menyambut Tahun Baharu 2021, Jumaat ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, aktiviti tersebut masih dalam senarai perkara yang dilarang di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Sambutan secara besar-besaran seperti dulu di KLCC misalnya, perkara itu memang kita tidak benarkan kerana melibatkan perhimpunan yang penjarakan sosial tidak dapat dikawal,” katanya dalam sidang media di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur, hari ini.

ISMAIL SABRI YAAKOB
ISMAIL SABRI YAAKOB

Sementara itu, beliau berkata, kerajaan mungkin mempertimbangkan untuk melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat sekiranya kes COVID-19 terus meningkat.

Ismail Sabri menambah, pada masa ini, kerajaan memberi kelonggaran dengan syarat rakyat mematuhi SOP yang ditetapkan.

“Tetapi kalau rakyat gagal mematuhinya dan Kementerian Kesihatan merasakan bahawa perlu kembali kepada keadaan asal yang menggunakan SOP yang lebih ketat maka saya tidak menolak kemungkinan itu berlaku.

“Semalam tular bukan sahaja dalam media sosial tetapi juga dalam media cetak bagaimana pengunjung zoo di Melaka menonton persembahan, tidak ada penjarakan, tidak memakai pelitup muka, bawak anak-anak kecil,” jelasnya.

Beliau menambah, perkara itu merupakan contoh yang jelas tentang bagaimana rakyat menyalahgunakan kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 297 individu atas kesalahan ingkar arahan SOP, di mana 294 telah dikompaun dan tiga direman.

“Antara kesalahan ingkar SOP termasuk aktiviti pusat hiburan (103), tidak memakai pelitup muka (95), gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri (75), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (21) dan lain-lain (3),” katanya.

Beliau menambah, pasukan keselamatan juga berjaya menahan 22 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan empat tekong serta merampas empat kenderaan darat dalam Op Benteng di seluruh negara semalam. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.