nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ekonomi Malaysia terjejas jika projek HSR diteruskan

1 JAN: Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura boleh memberikan impak negatif kepada enonomi dan kedudukan fiskal negara jika ia diteruskan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ini kerana terma perjanjian dua hala ditandatangani HSR Kuala Lumpur-Singapura yang dibuat pada tahun 2016 tidak lagi berdaya maju untuk diteruskan Malaysia berikutan penularan pandemik COVID-19.

Menurut beliau, projek berkenaan secara tidak langsung memberi kesan teruk kepada ekonomi, sekali gus menjejaskan kedudukan fiskal negara.

mustapa mohamed
MUSTAPA MOHAMED

“Bermula akhir tahun 2018, kerajaan meneliti beberapa alternatif bertujuan menurunkan kos keseluruhan projek ini. Penelitian semula ini menjadi keutamaan kerajaan, sejak pandemik COVID-19 ini berlaku.

“Lanjutan daripada itu, bermula pertengahan tahun lalu, kerajaan mengemukakan beberapa cadangan perubahan bagi mengurangkan kos keseluruhan projek ini.

“Cadangan terbabit termasuk perubahan kepada struktur projek, jajaran dan reka bentuk stesen. Struktur projek asal memerlukan jumlah Jaminan Kerajaan yang besar dan untuk tempoh yang panjang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Mustapa berkata, cadangan struktur projek baharu itu akan memberikan kerajaan fleksibiliti dalam memilih opsyen pembiayaan projek termasuklah melalui kaedah pembayaran tertangguh, usaha sama awam dan swasta serta kemungkinan mendapatkan akses kepada pembiayaan pada kadar yang munasabah.

Dalam pada itu, Mustapa berkata apa yang lebih penting adalah cadangan perubahan struktur projek itu dijangka dapat mempercepatkan pemulihan ekonomi Malaysia yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

“Berdasarkan cadangan baharu yang dikemukakan, projek ini akan dimulakan pembinaannya dua tahun lebih awal berbanding perancangan asal.

“Ini akan memberikan rangsangan yang amat diperlukan oleh sektor pembinaan dan juga industri lain yang berkait rapat dengan sektor ini.

“Mengambil kira perubahan ini, kedua-dua negara mengadakan perbincangan sepanjang beberapa bulan yang lalu bagi memperjelaskan pendirian masing-masing,” katanya.

Bagaimanapun, Mustapa berkata, tiada persetujuan dicapai mengenai perubahan yang dicadangkan dan dengan itu Perjanjian Dua Hala berkenaan projek HSR luput semalam.

“Malaysia akan menghormati terma Perjanjian Dua Hala yang mana kedua-dua negara akan mengambil tindakan perlu untuk menentukan jumlah pampasan.

“Seterusnya, kerajaan akan melaksanakan kajian terperinci yang akan meliputi kesemua opsyen termasuk daya maju projek kereta api laju domestik serta manfaatnya kepada rakyat.

“Hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura amat rapat. Kita akan terus memperkukuhkan hubungan ini termasuk mempertingkatkan kesalinghubungan antara kedua negara, demi faedah bersama,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.