nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan laksana kod bar makanan halal digital

7 JAN: Susulan pelbagai isu timbul kebelakangan ini, kerajaan bercadang meminda akta berkaitan pensijilan halal dan melaksanakan pendigitalan kod bar produk makanan halal.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook rasminya hari ini berkata pindaan itu dibuat bertujuan mengelak berlakunya pertindihan dalam akta berkaitan halal, selain memperkemas undang-undang sedia ada.

Sebelum ini, timbul desakan supaya akta sedia ada disemak dan diselaras bagi memastikan agensi kerajaan berkaitan khususnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mendapat lebih peruntukan kuasa dalam melaksanakan undang-undang berkaitan isu halal di negara ini.

Desakan berkenaan timbul susulan pendedahan mengenai kegiatan kartel mendalangi penyeludupan daging import dari negara sumber tidak sah termasuk diragui status halal, selain penipauan berkaitan logo halal.

Dalam pada itu, Zulkifli berkata sehingga 31 Disember lalu, JAKIM mengiktiraf 84 logo halal daripada 46 negara di seluruh dunia, bagi membantu pengguna untuk lebih berhati-hati mengenal pasti logo pada produk import yang dijual di pasaran.

Beliau berkata tindakan berkenaan juga memberi kemudahan kepada pengimport untuk mengenal pasti produk yang ingin dibawa masuk ke negara ini melalui pemilikan sijil halal yang diiktiraf JAKIM bagi mengelak kerugian dan keraguan.

“Rakyat Malaysia terutamanya umat Islam yang akan melancong ke luar negara juga boleh menyimpan di telefon pintar maklumat mengenai logo halal yang diiktiraf JAKIM, di negara yang akan dikunjungi.

“Pengguna juga boleh muat turun dalam format pdf senarai logo halal luar negara yang diiktiraf JAKIM dengan klik https://bit.ly/38lkPAz,” katanya.

Sementara itu, Zulkifli memaklumkan, beliau akan turun padang ke Maran, Pahang bersama pegawai-pegawainya untuk membantu seramai mungkin mangsa banjir di sana.

Zulkifli menziarahi mangsa banjir di Slim, Perak, semalam.

“Bismillah. Dalam perjalanan ke Maran untuk misi bantuan banjir. Masa yang getir sekarang adalah masa untuk rakyat.

“Saya Senator dan Ahli Dewan Negara, tak ada kawasan. Justeru, saya sentiasa menganggap kawasan saya bersama agensi-agensi agama di bawah Jabatan Perdana Menteri adalah seluruh Malaysia.

“Kerajaan melalui agensi-agensi agama di bawah tanggungjawab saya sentiasa berusaha untuk memastikan bantuan yang sewajarnya dapat diagihkan seluas yang mungkin sepanjang tempoh banjir ini,” katanya dalam satu kenyataan menerusi laman Facebooknya di sini, sebentar tadi. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.