nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tiada syarat pelajar ambil ujian swab bayar sendiri

15 JAN: Institusi pengajian tinggi (IPT) dan sekolah tidak boleh mengenakan syarat yang mewajibkan pelajar melakukan ujian swab dengan menanggung kos sendiri.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub memberi peringatan itu berikutan aduan berkenaan IPT dan sekolah di beberapa negeri yang mengenakan syarat tersebut.

“Sidang khas hari ini membincangkan perkara ini dan bersetuju bahawa IPT atau sekolah tidak boleh mengenakan syarat kepada pelajar untuk menjalani swab test sama ada bagi memasuki asrama atau untuk menduduki peperiksaan kecuali bagi pelajar yang bergejala sahaja,” katanya dalam sidang mediadi Kementerian Pertahanan, hari ini.

Sementara itu, beliau memaklumkan telah menerima banyak persoalan dan kiriman video yang mempertikaikan berkaitan pembukaan masjid termasuk dari penceramah yang menyalahkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkenaan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat mengenai aktiviti di masjid.

Beliau menegaskan bahawa segala urusan berkaitan hal ehwal Islam berada di bawah naungan raja-raja setiap negeri.

“Contoh, sekiranya masjid dibuka untuk lima orang sahaja maka keputusan tersebut adalah di bawah perkenan Sultan negeri tersebut.

“Kementerian berkaitan boleh mengusulkan cadangan melalui Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia untuk penelitian Pihak Berkuasa Agama Negeri namun keputusan akhir adalah sepenuhnya hak mutlak dan bidang kuasa negeri di bawah naungan raja-raja bagi negeri-negeri,” jelasnya.

Berhubung tindakan penguatkuasaan, Ismail Sabri berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan seramai 514 individu semalam atas kesalahan ingkar SOP.

Menurut beliau, daripada jumlah itu, seramai 495 orang dikenakan kompaun, 18 direman dan seorang dijamin.

Antara kesalahan ingkar SOP termasuk tidak memakai pelitup muka (173), tiada penjarakan fizikal (129), gagal menyediakan peralatan/ merekodkan butiran diri/pelanggan (87), aktiviti pusat hiburan (33), rentas negeri/daerah tanpa kebenaran (23) dan lain-lain (69).

Selain itu, pasukan keselamatan berjaya menahan 42 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas sebuah bot serta tiga kenderaan darat dalam Op Benteng semalam. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.