nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

457 dikompaun, 15 direman langgar SOP PKP semalam

16 JAN : Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 472 individu atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) sempena pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0, semalam.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan berkata, daripada jumlah itu, seramai 457 telah dikompaun manakala 15 direman.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk tidak memakai pelitup muka (182), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (85), premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (66), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (65), rentas negeri, daerah tanpa kebenaran (32) dan lain-lain (42),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pasukan Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai PDRM juga sudah membuat 54,292 pemeriksaan semalam (15 Januari 2021) bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKP Pemulihan.

Katanya, sebanyak 2,564 Pasukan Pematuhan yang melibatkan 10,858 anggota telah membuat  pemantauan di 3,567 pasar raya, 4,706 restoran serta 1,765 penjaja, 1,343 kilang, 3,288 bank dan 1,528 pejabat kerajaan. Juga dipantau, sebanyak 989 terminal pengangkutan darat, 244 terminal pengangkutan air serta 88 terminal pengangkutan udara, semalam.

Dalam pada itu Ismail Sabri berkata pihak berkuasa juga menahan 65 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas empat kenderaan darat dalam 444 sekatan jalan raya (SJR) dilaksanakan di seluruh negara, semalam.

“Sejak 24 Julai 2020 sehingga 15 Januari 2021, seramai 105,603 individu telah pulang ke tanah air dari 37 negara melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan kesemua telahditempatkan di 83 Hotel dan 17 Institut Latihan Awam (ILA) serta Institut Pengajian Swasta di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor, Sarawak, Kelantan, Perak, Kedah, Perlis, Terengganu, Sabah, Labuan dan Melaka.

“Daripada jumlah itu, seramai 8,588 individu sedang menjalani proses Kuarantin Wajib manakala 540 individu telah dihantar ke hospital untuk rawatan. Seramai 96,475 individu telah dibenarkan pulang,” katanya – Oleh Haika Khazi

Get real time updates directly on you device, subscribe now.