nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Syarikat kuari diberi perintah henti kerja

22 JAN: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak sudah mengeluarkan Perintah Berhenti Kerja (PL) mengikut Seksyen 34AA, Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 kepada syarikat kuari yang beroperasi di kawasan Hutan Simpan Segari Melintang, dekat Manjung, Perak, kelmarin.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata pengeluaran PL berkenaan penting bagi menghalang tapak kuari berkenaan daripada terus beroperasi.

Beliau berkata langkah berkenaan perlu bagi memberi ruang untuk tindakan membaik pulih dilaksanakan dengan serta-merta, seperti kawalan hakisan, kawalan air larian permukaan, kawalan sedimen, penstabilan cerun dan penyelenggaraan secara segera.

“Notis arahan mengikut Seksyen 31 dan Seksyen 37 AKAS 1974 dikeluarkan kepada penggerak projek pada 19 Januari lalu untuk mengambil tindakan membaikpulih termasuk kerja-kerja pengawasan kualiti air dan mengemukakan laporan kepada JAS Perak dalam tempoh ditetapkan.

“Selain itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) membuat siasatan dan mendapati gambar yang merujuk kepada kerosakan kepada air terjun Tanjung Batu (Teluk Sera) adalah kurang tepat serta mengelirukan.

“Air terjun Tanjung Batu (Teluk Sera) masih berada dalam keadaan baik dan tiada kaitan dengan kawasan yang terjejas akibat aktiviti projek kuari berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Terdahulu, Tuan Ibrahim mendedahkan siasatan JAS mendapati syarikat kuari berkenaan melanggar enam syarat kelulusan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) dikesan dalam isu kerosakan Hutan Simpan Segari Melintang dan kemusnahan Air Terjun Tanjung Batu, Manjung, Perak.

Beliau berkata hasil siasatan juga mendapati kejadian di kawasan perlindungan itu disebabkan kegagalan menguruskan sisa kayu dan tanah dengan baik.

Berikutan itu, Tuan Ibrahim berkata siasatan juga mendapati sisa kayu dan tanah hasil aktiviti dijalankan pemaju tapak kuari berkenaan terjatuh serta masuk ke dalam sungai.

“Antara kesalahan ialah membabitkan kerja-kerja tanah dijalankan tanpa mengikut pelan Langkah Mitigasi dan Pencegahan Pencemaran-Gangguan Tanah (LD-P2M2) yang diluluskan.

“Pemaju juga gagal memaklumkan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) apabila kerja-kerja tanah dimulakan seperti yang dikehendaki dalam syarat-syarat kelulusan EIA,” katanya.

Bagi mengelak kejadian sama berulang, Tuan Ibrahim mengingatkan semua penggerak projek, kontraktor dan pihak terbabit untuk mematuhi segenap syarat kelulusan EIA.

Beliau menegaskan, perhatian serius juga wajar diambil dalam usaha mencegah pencemaran berikutan aktiviti pembangunan.

“Saya meminta orang ramai untuk melaporkan aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 yang beroperasi 24 jam sehari atau e-mel ke aduan_k@doe.gov.my dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.