nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

COVID-19 : Satu sekolah di Melaka ,Terengganu ditutup

23 JAN : Seorang guru Kolej Tingkatan Enam (KTE) Tun Fatimah di Durian Daun Melaka disahkan positif COVID-19 dan sehubungan itu, sekolah tersebut ditutup serta merta selama seminggu, demikian menurut Exco Jabatan Ketua Menteri (Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknikal, Vokasional, Sains dan Inovasi) negeri Datuk Noor Effandi Ahmad.

Beliau berkata, penutupan sekolah selama tujuh hari bermula semalam hingga 28 Jan itu bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dijalankan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka.

“Kita difahamkan guru tersebut tidak bergejala dan mereka yang mempunyai kontak rapat dengan individu tersebut juga diminta supaya membuat saringan COVID-19. Bagaimanapun, ini merupakan kes terpencil dan ibu bapa tidak perlu bimbang kerana tindakan segera telah dilaksanakan,” katanya.

Kesemua guru serta 499 pelajar Tingkatan 6 yang merupakan kontak rapat kepada guru itu diarahkan untuk menjalani kuarantin setelah dihubungi Pusat Kesihatan Daerah Melaka Tengah, jelasnya lagi.

“Kesemua yang terlibat juga diarahkan untuk mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) semasa tempoh penutupan sementara sekolah itu,”katanya lagi.

Di Terengganu, Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu, juga ditutup selama 14 hari bermula semalam hingga 5 Feb susulan terdapat lapan kes positif COVID-19 di sekolah tersebut, kata Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus.

Penutupan itu bagi membolehkan kerja-kerja membasmi kuman dilakukan dalam usaha mengekang penularan wabak tersebut di kawasan berkenaan, ujarnya.

Penutupan sementara itu dijalankan di bawah Seksyen 18(1)(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) bagi mengelak perebakan penyakit berjangkit.

Dalam pada itu, Dr Nor Azimi juga mengingatkan orang ramai untuk memberikan maklumat yang benar berkaitan COVID-19 kepada petugas kesihatan terutama mengenai sejarah perjalanan, kontak rapat, tanda dan gejala yang dialami.

Terengganu merekodkan kes positif COVID-19 yang tertinggi semalam iaitu sebanyak 178 kes.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.