nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Proklamasi Darurat selari konsep maqasid syariah

24 JAN: Tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) menguatkuasakan proklamasi darurat sekarang bagi memelihara dan menyelamatkan nyawa rakyat daripada penularan wabak COVID-19 adalah selari dengan konsep maqasid syariah atau perkara dituntut dalam Islam.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary, berkata matlamat utamanya adalah menjaga nyawa rakyat walaupun ada yang melihatnya sebagai langkah mengekang kerakusan pemimpin politik mengejar kuasa.

Menurut beliau, dalam konteks raja berperlembagaan dan negara demokrasi berparlimen, kerajaan hanya boleh mengadakan pilihan raya umum (PRU) sekiranya wabak COVID-19 reda.

“Agama mengajar kita supaya menjaga nyawa dan ia diletak dalam maqasid syariah. Negara jiran iaitu Thailand hanya mencatat lebih 100 kes positif COVID-19 semalam dan itu pun dikira besar bagi mereka sedangkan negara kita antara 3,000 hingga 4,000 setiap hari.

“Bayangkan kalau kita buka laluan ini untuk diadakan pilihan raya, keadaan lebih dahsyat boleh berlaku,” katanya kepada pemberitas selepas menyerahkan sumbangan kepada 250 asnaf sempena Program Food Bank Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) 2.0 di Kompleks Islam Darul Naim, Kota Bharu, Kelantan, hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Marzuk berkata, Islam membenarkan menolak mudarat yang bukan berasaskan kepentingan politik.

“Jika proklamasi darurat dibuat berasaskan politik, sudah pasti kerajaan Persekutuan mengambil alih pentadbiran negeri dikuasai pembangkang tetapi itu tidak berlaku.

“Kalau disebabkan politik, kerajaan Persekutuan boleh ambil alih pentadbiran negeri seperti Pulau Pinang dan Negeri Sembilan tapi dua negeri itu masih dikuasai Pakatan Harapan (PH).

“Itu tidak berlaku berbanding apa pernah dialami Kelantan apabila kerajaan Persekutuan ambil alih pentadbiran negeri ketika darurat diisytiharkan.

“Ini membuktikan proklamasi darurat sekarang lebih kepada kemaslahatan rakyat dan rakyat wajib patuh kepada pemerintah,” katanya.

Sementara itu, beliau memberitahu, cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 bukan tanda kerajaan menggalakkan orang ramai supaya membenci atau mendiskriminasi golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), sebaliknya ia sebahagian adalah proses tarbiyah, rawatan dan pemulihan.

Ahmad Marzuk Shaary menambah, proses pindaan itu akan berjalan mengikut tertib sebelum dibentang di Parlimen walaupun menerima kecaman dan bantahan daripada sesetengah pihak.

“Tidak timbul soal diskriminasi kerana apa yang kita lakukan adalah berdasarkan rasa sayang, empati dan ambil berat terhadap golongan terbabit maka sebab itu kita merencanakan satu perancangan yang komprehensif daripada sudut undang-undang serta penguatkuasaan.

“Kalau tanya pencuri atau perompak pun mereka tidak bersetuju untuk pinda undang-undang tapi ia akan tetap dilaksanakan.

“Cuma ada kumpulan yang kononnya mengarusperdanakan gerakan menyokong golongan itu (LGBT) padahal mereka hanya berapa kerat sahaja manakala sebahagian besar berfikiran positif,” jelasnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.