nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pembangkang jangan ratib kuasa, hormati titah Agong

27 JAN : Timbalan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man membidas  tindakan pembangkang yang masih bermain politik kuasa seolah-olah tidak menghormati dan mengendahkan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menurutnya, PAS berpandangan bahawa semua pihak perlu fokus kepada usaha untuk menyelamatkan negara bukan meratib kuasa.

“Proklamasi darurat memberi ruang kepada kestabilan politik dan membolehkan kerajaan memberi sepenuh tumpuan untuk melandaikan kes dan memitigasi risiko Covid-19, mengukuhkan ekonomi serta mensejahterakan kehidupan rakyat.

“Pembangkang sepatutnya malu kerana banyak pihak termasuk Baginda Yang di-Pertuan Agong sendiri mencemar duli membantu rakyat yang berhadapan dengan situasi getir banjir dan pandemik Covid-19,” tegasnya.

Selain itu katanya, proklamasi darurat diwartakan bagi memberikan kuasa kepada kerajaan untuk menggunakan sumber yang luas di negara, antaranya mengambil alih tanah sementara, mengarahkan program imunisasi dan pertambahan kuasa tentera.

Beliau yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air berkata, apa yang mesti difahami ialah  proklamasi darurat tidak mengekang aktiviti ekonomi, respons pasaran masih baik malah boleh beroperasi lebih baik sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 ini.

Terdahulu, Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah menghantar surat kepada pihak Istana Negara memohon pertimbangan Yang di-Pertuan Agong menilai semula kewajaran pengisytiharan darurat, baru-baru ini.

Anwar yang juga merupakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu turut menyeru ahli-ahli parlimen bertindak sedemikian bagi membantah titah Yang di-Pertuan Agong berhubung proklamasi darurat tersebut.

Sehubungan dengan itu, Anwar juga didakwa ingin mencabar titah baginda berkaitan proklamasi darurat di mahkamah.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.