nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PPZ-MAIWP terima RM200,000 bantu golongan terkesan PKP

29 JAN :  Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan menerima sumbangan bernilai RM200,000 daripada Etiqa Family Takaful Berhad bagi membantu golongan yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) khususnya di Kuala Lumpur, Labuan dan Sabah.

PPZ-MAIWP memaklumkan syarikat korporat itu antara yang terawal tampil  bekerjasama menghulurkan bantuan berbentuk barangan keperluan asas seperti beras, gula, minyak masak dan tepung melalui Bakul Rezeki Khaira PPZ.

Dalam pada itu, PPZ-MAIWP turut melancarkan Misi Pasca Banjir Khaira PPZ 2021 yang bertujuan untuk menyantuni mereka yang ditimpa musibah banjir baru-baru ini.

“Sumbangan adalah berbentuk barangan keperluan seperti tilam, katil dan barangan perkakas rumah, baucar KFC dan 200 helai telekung.

“PPZ-MAIWP bekerjasama dengan pembayar zakat korporat iaitu Etiqa General Takaful Berhad, QSR Brands (M) Holdings Bhd dan Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd bagi membantu meringankan beban mangsa banjir di negeri Pahang dengan jumlah keseluruhan sumbangan bernilai RM70,000 yang akan memberi manfaat kepada 300 keluarga,” jelasnya kenyataan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP Ahmad Shukri Yusoff berkata, Khaira PPZ akan sentiasa aktif menyantuni mereka yang memerlukan di samping menyokong agihan zakat dilaksanakan oleh MAIWP.

“Oleh itu, saya menyeru kepada semua masyarakat, syarikat korporat dan semua pihak yang layak menunaikan zakat untuk terus menunaikan zakat di PPZ-MAIWP bagi menampung perbelanjaan asnaf yang semakin meningkat,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.