nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Sektor ladang sawit bukan lagi kategori industri 3D

7 FEB: Sime Darby Plantation Bhd telah melaksanakan mekanisasi dan digitalisasi kerja-kerja di ladang sawit sekali gus menepis tanggapan bahawa sektor tersebut berada dalam kategori industri kotor, berbahaya dan sukar (3D).

Ketua Pegawai Operasinya, Adi Wira Abd Razak berkata, langkah itu bertujuan meningkatkan kecekapan dan produktiviti serta memastikan keselamatan pekerja.

Sehubungan itu, menurut beliau, rakyat tempatan seharusnya merebut peluang pekerjaan dalam sektor ladang sawit yang menjanjikan prospek yang cerah.

“Agak menyedihkan apabila kita melihat penurunan minat rakyat tempatan, terutamanya generasi muda sejak beberapa tahun lepas untuk mengambil peluang menyertai pelbagai pekerjaan dalam industri ini.

“Mungkin ini disebabkan terdapatnya tanggapan salah bahawa ini adalah sebahagian daripada industri 3D sedangkan hakikatnya itu tidak lagi sedemikian,” katanya dalam kenyataan media.

Adi Wira menambah, peluang pekerjaan itu turut disertai dengan latihan, panduan dan sokongan sewajarnya bagi memastikan pekerja baharu mempunyai kepakaran bagi menjalankan tugas mereka serta membina karier progresif dalam industri perladangan.

“Kami menawarkan banyak manfaat menarik bagi mewujudkan persekitaran kerja dan tempat tinggal yang kondusif untuk pekerja serta keluarga mereka.

“Ini adalah antara komitmen kami untuk melindungi dan menghormati hak semua pekerja kami tanpa mengira aspek jantina, latar belakang etnik serta agama mereka,” jelasnya.

Beliau memberitahu, usaha menarik penyertaan rakyat tempatan juga turut menjadi sebahagian daripada langkah bagi mengatasi kekurangan tenaga kerja dalam industri tersebut.

“Kami sememangnya giat mengambil khidmat warga tempatan sejak tahun lepas dan berharap dapat melihat bilangan pekerja ini terus meningkat.

“Prospek masa depan industri ini adalah cerah berikutan kepentingan minyak sawit dan khasiatnya kepada dunia. Lebih 50 peratus produk yang anda lihat di pasar raya di serata dunia mengandungi minyak ini yang sukar digantikan dengan sumber alternatif lain,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.