nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

31 pengendali projek ECRL terima anugerah cemerlang

8 FEB: Kontraktor projek Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL), China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd (CCC-ECRL), Kejuruteraan, Perolehan, Pembinaan dan Pentauliahan (EPCC) menganugerahkan 31 pengendali projek tempatan dan Bumiputera dengan Anugerah Kecemerlangan bagi Tahun 2020.

Anugerah itu mengiktiraf daya ketahanan, dedikasi dan usaha pengendali projek tempatan dan Bumiputera berdasarkan prestasi cemerlang dalam Pengurusan Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar (HSE), Pengurusan Kualiti, Pengurusan Proses termasuk Pembahagian Peruntukan.

Pengarah Urusan CCC-ECRL, Bai Yinzhan berkata, tahun lalu merupakan tahun yang mencabar untuk semua pihak.

“Kemajuan projek ini adalah hasil titik peluh dan kerja keras semua yang terlibat, tanpa mereka, projek ini tidak akan dapat berada di landasan yang tepat.

“Melalui anugerah ini, kami ingin memberi penghargaan kepada semua pengendali projek tempatan dan Bumiputera,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Setakat bulan lalu, projek ECRL telah mencapai kadar siap 20.37 peratus, lebih awal berbanding 19.39 peratus yang dijadualkan.

Pencapaian ini disumbangkan melalui Seksyen B dari Dungun ke Mentakab, dengan kadar kemajuan 9.47 peratus berbanding 5.83 peratus yang dijadualkan, begitu juga dengan Seksyen A dari Kota Bharu ke Dungun, yang memperlihatkan kadar kemajuan kerja fizikal 0.62 peratus lebih awal dari jadual.

“Pandemik COVID-19 telah membawa kepada norma baharu. Kami berterima kasih kepada pengendali projek tempatan dan Bumiputera yang telah memberi pertimbangan yang baik dalam menguruskan prosedur operasi standard (SOP) dengan penguatkuasaan ketat bagi memastikan keselamatan tempat kerja,” tambah Yinzhan.

Setakat ini, sebanyak 1,241 vendor tempatan dan Bumiputera terlibat dengan projek ECRL, merangkumi 415 subkontraktor, 746 pembekal serta 80 perunding.

Syarikat itu bekerjasama dengan pihak kerajaan negeri dan persekutuan untuk menyediakan platform bagi menggalakkan penyertaan kontraktor tempatan dan Bumiputera dalam projek ECRL.

Usaha itu telah secara aktif memastikan kontraktor, pembekal dan perunding tempatan dan Bumiputera yang berlayakan mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya 40 peratus kerja sivil projek ECRL tidak termasuk kerja terowong.

CCC-ECRL juga telah memberikan perhatian khusus kepada kontraktor kecil dan Bumiputera kategori Gred G1-G3, yang akan memberikan manfaat terus dengan keseluruhan industri pembinaan dalam negara. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.