nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kes harian menurun, Selangor catat kes bawah 1,000

9 FEB: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP) mula menunjukkan hasil positif apabila jumlah kes positif harian COVID-19 di Malaysia kini kembali menurun dan semakin mendatar kepada angka bawah 3,000 kes, manakala bilangan kes di Selangor turun di bawah 1,000 kes sehari.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah, berkata bilangan kes baharu positif harian COVID-19 dilaporkan di Malaysia dalam tempoh 24 jam lalu adalah 2,764 kes sekali gus menjadikan jumlah kumulatifnya ialah 248,316 kes termasuk 13 kes kematian hari ini.      

Beliau berkata bilangan kes sembuh dilaporkan hari ini adalah 3,887 kes sekali gus menjadikan jumlah kumulatifnya ialah 196,566 kes.

“Daripada 2,764 kes baharu hari ini 2,758 adalah membabitkan kes jangkitan tempatan (1,850 warganegara atau 67.1 peratus dan 908 bukan warganegara atau 32.9 peratus), manakala enam kes import (masing-masing tiga rakyat tempatan dan bukan warganegara).

“Kementerian Kesihatan (KKM) juga ingin mengesahkan bahawa sebanyak 289 pesakit memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuk 127 kes perlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam sidang media hariannya hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 862 kes (31.2 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 668 kes (77.5 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Beliau berkata ini diikuti oleh Johor sebanyak 521 kes (18.8 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 422 kes (15.3 peratus).

“Sebanyak 51 kes (1.8 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Tembok Sungai Udang (27 kes), Kluster Tembok Renggam (9 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (8 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (4 kes), dan Kluster Tembok Bukit Besi (3 kes).

“Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan enam (6) kes di Selangor, masing-masing dua (2) kes di Sabah, Sarawak, dan Johor, dan satu (1) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kesemua kes melibatkan warganegara. KKM mengucapkan  takziah kepada semua ahli keluarga mereka,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata jumlah kes harian COVID-19 dijangka akan mendatar selepas berjaya melepasi kemuncak kes tertinggi pada 31 Januari lalu dengan 5,298 kes.

“Penurunan kes yang dilihat kini disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak tiga minggu lalu. Sebelum ini kita jangkakan jumlah kes kembali menurun selepas pelaksanaan PKP dalam tempoh empat minggu, kini kita memasuki minggu ketiga dan baki seminggu itu kita mungkin lihat penurunan lagi kes COVID-19.

“Di negeri juga kita lihat terdapat penurunan nilai kebolehjangkitan (RT) atau R-naught (R0) iaitu Sabah kini dengan 0.81 dan Kelantan 0.77.

“Kebanyakan kes di Kelantan berpunca daripada kes rentas negeri iaitu terdapat 31 kluster dikesan dan 96 peratus daripadanya membabitkan warganegara.

“Terengganu turut menunjukkan penurunan nilai RT iaitu 0.86 serta Sarawak 1.0 dan diharapkan penularan kes di Sarawak ini dapat dikawal,” katanya lagi.

Dalam pada itu,Dr Noor Hisham berkata, disebabkan nilai RT menunjukkan perkembangan baik, beliau meminta supaya masyarakat kekal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) terutama ketika perayaan Tahun Baru Cina kelak.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.