nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

4 penyamun warga asing mati ditembak polis

12 FEB: Empat penjenayah dipercayai warga asing maut dalam insiden berbalas tembakan di Batu Pahat, Johor, awal pagi tadi.

Kesemua suspek berusia lingkungan 20-an dan 40-an itu dipercayai dalang dalam kejadian samun sebuah kilang di Parit Sulung, Batu Pahat, baru-baru ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata kejayaan menumpaskan penjenayah itu hasil kerjasama pihaknya serta Jabatan Siasatan Jenayah (JS) Batu Pahat, susulan maklumat dan risikan.

“Pegawai dan anggota JSJ IPK Johor serta Batu Pahat telah melakukan operasi dan menahan sebuah Perodua Myvi dan Toyota Avanza yang dinaiki suspek dalam keadaan mencurigakan.

“Sebaik polis cuba merapati kenderaan, secara tiba-tiba pemandu serta penumpang dalam kereta Avanza bertindak agresif dengan mengeluarkan sepucuk pistol dan melepaskan beberapa das tembakan kepada pihak polis dan dalam masa sama kesemua suspek bertindak melarikan diri,” katanya menerusi sidang media di IPK Johor, hari ini.

Ayob Khan berkata, pegawai dan anggota terpaksa membalas tembakan itu untuk mempertahankan diri dan kesemua suspek tewas serta disahkan meninggal dunia.

Menurut beliau, ketika insiden itu, seorang anggota polis turut cedera ringan apabila ketika pergelutan berlaku ketika hendak menahannya, salah seorang suspek yang menggunakan kerambit berjaya menikam penguatkuasa itu.

“Beliau sudah dirujuk ke hospital berhampiran untuk pemeriksaan lanjut, tetapi kecederaannya tidak serius. Anggota polis hanya cedera di bahagian tangan yang koyak disebabkan suspek menikamnya menggunakan kerambit,” katanya.

Ayob Khan memberitahu, siasatan terperinci masih lagi dilakukan oleh pihak polis untuk mengenal pasti jika suspek terbabit dalam jenayah pecah kilang dan pecah pejabat di sekitar Batu Pahat tahun 2019, yang membabitkan kerugian RM120,000.

Katanya, pihaknya tidak menolak kemungkinan suspek memiliki rangkaian lain atau terbabit dalam jenayah sama di negeri lain yang berhampiran.

“Siasatan masih dijalankan kerana tiada butiran pengenalan diri pada mangsa dan lepas kita dapat cap jari dan sebagainya, baru kita dapat bandingkan dengan cap jari yang kita dapat dari kilang-kilang yang dipecah masuk sebelum ini. Itu dapat kita kenal pasti adakah mereka terlibat dengan kes sebelum ini yang mungkin sedikit bergerak aktif di negeri-negeri lain.

“Pemeriksaan terhadap kenderaan itu menemui sejumlah peralatan pecah rumah dan bangunan, sepucuk pistol jenis revolver bersama enam kelongsong peluru dan empat peluru, dua bilah parang, 1 pisau kerambit serta sebuah kenderaan Perodua Myvi dengan pendaftaran palsu dan sebuah toyota yang masih dilaporkan kehilangannya di Desa Cemerlang Sri Alam, Johor,”katanya.

Tambah beliau, kes kini disiasat di bawah Seksyen 307/188 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan menghalang penjawat awam melaksanakan tugasan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.