nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pinda Perlembagaan Persekutuan sebelum asing kuasa AG

12 FEB: Kerajaan dijangka menghadai pelbagai cabaran bagi mengasingkan kuasa antara Peguam Negara dan pendakwaan.

Peguam kanan, Mohd Haniff Khatri Abdulla, berkata cabaran utama perlu dihadapi kerajaan adalah untuk meminda Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh isu pelantikan, bidang kuasa dan tugas utama Peguam Negara.

Beliau berkata Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan mengariskan bahawa tugas utama Peguam Negara adalah untuk menjadi ketua pendakwaraya, keduanya sebagai penasihat undang-undang kepada Yang di-Pertuan Agong, Jemaah Menteri, agensi kerajaan dan sebagainya.

Katanya, cadangan mengenai pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan bahagian pendakwaan bukan perkara baharu, malah sudah dibangkitkan oleh ramai pengamal undang-undang, ahli politik, Ahli Parlimen sama ada penyokong kerajaan mahu pembangkang, sejak sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) lagi,

“Mereka berbuat demikian kerana merasakan sudah sampai masa untuk mengasingkan kuasa pendakwaan dan tugas Peguam Negara bagi mengelakkan timbul kesukaran jika ada laporan atau siasatan dijalankan terhadap mana-mana ahli politik, ahli parlimen dan anggota Jemaah Menteri menyokong kerajaan semasa yang terbabit skandal rasuah, salah guna kuasa mahu pun kes jenayah berprofil tinggi.

“Berikutan itu, ramai ahli politik dan ahli parlimen berpandangan sudah tiba masanya untuk kerajaan memecahkan jawatan Peguam Negara dan Ketua Pendakwaraya kepada dua individu berbeza.

“Malah, semasa PRU-14 Pakatan Harapan (PH) mencanangkan manifesto kononnya antara tujuan mereka mahu mengambil alih kerajaan adalah untuk memisahkan bidang kuasa Peguam Negara dan Ketua Pendakwaraya kepada dua individu berbeza namun gagal dilaksanakan sehingga sekarang.

“Ini kerana tiada cara lain jika kerajaan serius mahu memecahkan bidang kuasa Peguam Negara dengan pendakwaan kita kena meminda Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan sokongan majoriti dua pertiga Ahli Parlimen,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas cadangan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said, dilaporkan berkata pelbagai komen, rujukan dan pendedahan oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas menerusi bukunya, ‘My Story: Justice in the Wilderness’ membuktikan perlunya pengasingan kuasa antara Pendakwa Raya dan Peguam Negara.

Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang, Johor dipetik sebagai berkata pengasingan kuasa itu perlu segera dilakukan kerana ia penting dalam mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap institusi terbabit.

Bagaimanapun, Haniff Khatri berkata pindaan Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan sukar dilaksanakan kerana kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekarang tidak mempunyai sokongan dua pertiga daripada wakil rakyat di Parlimen.

“Macam mana kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekarang nak meminda Perlembagaan Persekutuan jika Belanjawan 2021 pun diluluskan dengan majoriti mudah hanya berbeza beberapa undi dengan PH.

“Jadi dari segi pratikalitinya memang sukar dilaksanakan kecuali jika semua Ahli Parlimen sama ada dari blok pembangkang mahu penyokong kerajaan PN mempunyai ‘political will’ keinginan untuk bersama-sama menyokong usul pindaan Perlembagaan dibuat bagi membolehkan kerajaan meminda Perkara 145 berkaitan bidang kuasa dan pelantikan Peguam Negara.

“Saya bukan bercakap soal politik tetapi berdasarkan trend selepas PRU-14, saya melihat usul untuk meminda Perlembagaan Persekutuan akan menjadi semakin sukar kerana tiada satu pun gabungan parti politik yang mempunyai sokongan majoriti dua pertiga di Parlimen.

“Jadi saya tidak nampak benda itu (pemisahan kuasa pendakwaan dan Peguam Negara) dapat dilaksanakan dalam masa terdekat,” katanya.

Bagaimanapun, Haniff Khatri berkata perkara paling penting sekarang adalah jika sesiapa sahaja menjadi Peguam Negara sekarang mempunyai sifat dan karekternya adalah jujur kepada perjawatan dan tugas diamanahkan oleh rakyat dan negara, keluhuran undang-undang maka tidak perlu timbul isu pemisahan kuasa ini.

Malah, sejak kita merdeka kira-kira 63 tahun dulu memang satu orang sahaja menjalankan tugas sebagai Peguam Negaran dan Ketua Pendakwaraya Negara.

“Kita jangan lari daripada isu pokok adalah kita yakin dan dapat mengesahkan bahawa dengan pemisahkan kuasa antara Peguam Negara dan Ketua Pendakwaraya Negara maka tidak akan timbul lagi soal pendakwaan terpilih atau pilih kasih serta tidak takut atau gentar kehilangan jawatan untuk mendakwa mana-mana pihak melakukan kesalahan atau jenayah tanpa mengira sesiapa sahaja menjadi kerajaan atau Perdana Menteri.

“Sebab itulah bagi saya perkara ini ‘tepuk dada tanya selera’ kerana jika kerajaan melantik individu salah atau tidak jujur sebagai Ketua Pendakwaraya Negara ia akan mendatangkan masalah untuk mengambil tindakan sewajarnya. Beliau sudah tentu akan takut mengambil tindakan atau nasihat yang betul kepada kerajaan kerana mungkin bimbang kehilangan jawatan atau dipecat.

“Memang betul disatu sudut memang bagus jika individu yang menjalankan tugas sebagai Peguam Negara dan Ketua Pendakwaraya adalah orang berbeza kerana dapat mengurang beban tugas tetapi ia tidak akan menyelesaikan isu kejujuran, integriti dan keikhlasan menjalankan tugas.

“Walaupun tiada pengasingan kuasa di bawah Perlembagaan antara Peguam Negara sebagai penasihat kerajaan dan Ketua Pendakwaraya namun, Peguam Negara secara polisi dalaman boleh mengasingkan kerusi Peguam Negara sebagai penasihat kerajaan daripada kerusi Ketua Pendakwaraya bagi memastikan tiada kebocoran maklumat pendakwaan atau siasatan terhadap mana-mana anggota Jemaah Menteri atau pegawai tinggi kerajaan.

“Ketiganya Peguam Negara boleh mewujudkan satu akujanji bahawa jika mana-mana penasihat undang-undang atau wakil Pejabat Peguam Negara gagal melaksanakan tugasnya semasa memberi nasihat kepada kerajaan, bersubahat dan bersekongkol bagi melindungi kesalahan jenayah atau penyelewengan dan salah guna kuasa maka siasatan mestilah dilakukan terhadapnya mengikut lunas undang-undang,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.