nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Wanita UMNO Harap Rakyat Yakin Vaksin COVID-19

23 FEB: Wanita UMNO mengharapkan agar rakyat yakin dengan suntikan vaksin Covid-19 keluaran Pfizer-BioNTech kerana bukan sahaja untuk melindungi diri namun juga orang yang disayangi.

Justeru, Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad meminta orang ramai memberi kerjasama kepada kerajaan melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang bermula esok.

NORAINI

“Kerajaan sudah mempertimbangkan semua aspek sebelum mendapatkan vaksin berkenaan.

“Ketibaan vaksin Pfizer-BioNTech di Malaysia memberikan sinar baharu dalam perjuangan negara menentang dan melandaikan pandemik Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Noraini yang juga Menteri Pengajian Tinggi memberitahu perbekalan vaksin tersebut merupakan usaha besar kerajaan dalam menjaga kesihatan dan kebajikan rakyat.

“Kerajaan membelanjakan sebanyak RM2.05 bilion (jumlah awal) bagi mendapatkan vaksin COVID-19 dan akan diberi secara percuma kepada rakyat menerusi tiga fasa.

“Saya merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pasukan barisan hadapan yang sentiasa berdedikasi menjaga kesihatan rakyat Malaysia dalam tempoh menghadapi cabaran pandemik COVID-19,” katanya.

Terdahulu , Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang dijadualkan bermula 26 Februari ini akan diawalkan pada 24 Februari.

Katanya, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah akan menjadi individu awal menerima vaksin Pfizer-BioNTech itu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.