nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pembangunan Negara Gagal Jika Ketirisan, Amalan Rasuah Berlaku

24 FEB: Perancangan dan dasar kerajaan yang baik bagi membangunkan negara tidak akan berjaya dicapai sekiranya berlaku ketirisan di peringkat pelaksanaan.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, ketirisan tersebut termasuklah penyelewengan dan amalan rasuah yang perlu dibanteras sehingga ke peringkat akar umbi supaya ia tidak terus menjadi ‘duri dalam daging’ dalam kehidupan.

Menurut beliau, perbuatan itu bukan sahaja merugikan rakyat serta merosakan masyarakat  generasi akan datang, malah turut menjadi penghalang kepada pembangunan sesebuah negara.

AHMAD AMZAD

“Disebabkan itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri memberikan komitmen dalam membanteras rasuah di semua peringkat pelaksanaan.

“Ia termasuk pendirian kerajaan yang tidak akan campur tangan apabila melibatkan kes rasuah dengan memberikan sepenuh keyakinan kepada agensi seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan.

“Begitu juga di peringkat kehakiman, tiada gangguan dan campur tangan daripada pihak kepimpinan agar proses perundangan dan keadilan boleh berjalan secara telus,” katanya, hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Amzad memberitahu, gejala rasuah mempunyai kaitan rapat dengan penghayatan agama bagi setiap individu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata, pegangan agama merupakan elemen penting yang mempengaruhi seseorang itu untuk mempunyai kawalan diri yang baik serta mampu menghayati ajaran agamanya.

“Bagi orang Islam, kita tahu dan percaya bahawa walaupun di sekeliling kita mungkin tidak ada mata yang melihat dan tidak ada telinga yang mendengar, tetapi Allah ada melihat dan mendengar.

“Jika kita tahu dan beringat, sudah tentu kita akan takut untuk mengamalkan rasuah kerana sedar akan azab dan pembalasan yang akan diterima,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.