nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Amalan Agong Dengar Nasihat PM  Berhubung Sidang Parlimen

25 FEB: Walaupun Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mempunyai kuasa untuk memanggil sidang Parlimen, namun menjadi amalan bagi Seri Paduka Baginda untuk mendengar nasihat Perdana Menteri sebagai Ketua Dewan Rakyat.

Pakar perlembagaan, Prof Datuk Dr Shamrahayu A. Aziz berkata, keputusan Al-Sultan Abdullah semalam menzahirkan pandangan Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuat kuasa pada suatu tarikh yang difikirkan atas nasihat Perdana Menteri merupakan satu keputusan yang menepati perlembagaan.

Menurut beliau, perlembagaan persekutuan tidak pernah menghalang Dewan Parlimen daripada bersidang.

“Kalau dilihat kepada Perlembagaan Persekutuan, Perkara 55 fasal 1, Yang di-Pertuan Agong dari semasa ke semasa boleh memanggil parlimen bermesyuarat tetapi tak sebut (perlu) nasihat Perdana Menteri.

“Seri Paduka Baginda biasanya akan ikut perbincangan dan kalau ikutkan amalannya sememangnya Yang di-Pertuan Agong akan mendengar nasihat Perdana Menteri sebagai ketua (Dewan Rakyat),” katanya ketika dihubungi PN BBC Portal, hari ini.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, semalam menzahirkan pandangan bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuat kuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka atas nasihat Perdana Menteri.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata perkara berkenaan termaktub dalam sub perenggan 14 (1)(b) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang menyatakan bahawa Parlimen hendaklah dipanggil, diprorog dan dibubarkan pada suatu tarikh sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka Baginda atas nasihat Perdana Menteri.

Justeru, Ahmad Fadil berkata Al-Sultan Abdullah bertitah bahawa tanggapan sesetengah pihak bahawa pelaksanaan proklamasi darurat menghalang Parlimen untuk bersidang adalah tidak tepat.

“Adalah dimaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap Speaker Dewan Negara, Tan Sri Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim dan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun di Istana Negara, hari ini.

“Dalam sesi menghadap ini, Seri Paduka Baginda telah menegaskan bahawa Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi yang berteraskan prinsip keluhuran Perlembagaan, setiap cabang pentadbiran negara sama ada pihak eksekutif, kehakiman mahupun Parlimen haruslah sentiasa akur kepada prinsip itu.

“Justeru itu, Seri Paduka Baginda menzahirkan pandangan bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuat kuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka Baginda atas nasihat Perdana Menteri,” katanya.  – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.