nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

COVID-19: Kes baharu turun di bawah angka 2,000

25 FEB: Penurunan kadar kes harian baharu jangkitan Covid-19 bawah angka 2,000 kes hari ini diharapkan memberi satu petanda positif pada perkembangan hari-hari seterusnya dengan usaha kerajaan membendung penularan jangkitan virus COVID-19 ini.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan kadar kes harian Covid-19 menurun kepada 1,924 kes berbanding 3,545 kes semalam, manakala sebanyak 12 kes kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata pertambahan 1,924 kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 dilaporkan di Malaysia sehingga kini adalah 293,698 kes termasuk 263,761 kes atau 89.8 peratus sudah sembuh dan 28,837 kes masih aktif.

Beliau berkata, daripada 1,924 kes baharu dilaporkan hari ini enam kes adalah kes import (dua rakyat Malaysia, empat warga asing) manakala bakinya 1,918 ialah kes jangkitan tempatan (1,543 warganegara (80.4 peratus dan 375 bukan warganegara (19.6 peratus).

“KKM juga ingin melaporkan bahawa seramai 205 pesakit Covid-19 masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 91 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

“Dukacita ingin memaklumkan 12 lagi kematian berlaku dalam tempoh 24 jam lalu akibat penularan Covid-19, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan 1,100 kes atau 0.37 peratus.

“Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan sembilan kes di Selangor, dua  kes di Sarawak, dan satu  kes di Pulau Pinang. Kesemua kes kematian melibatkan warganegara,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata Selangor kembali mencatatkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 666 kes (34.6 peratus).

Beliau berkata daripada jumlah itu, 527 kes (79.1 peratus) adalah daripada klusterkluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan, diikuti oleh Johor (257 kes) dan Sarawak (219).

“Sebanyak 105 kes (5.5 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahanan imigresen yang membabitkan Kluster Tembok Tapah (41 kes), Kluster Damai Pelangi (32 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (15 kes), Kluster Tembok Bendera (13 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (3 kes), dan Kluster Tembok Sungai Udang (1 kes),”  jelasnya. – Oleh Haika Khazi

Get real time updates directly on you device, subscribe now.