nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Keputusan Mahkamah beri implikasi pada perundangan syariah

25 FEB : Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang berkata keputusan Mahkamah Persekutuan mengenepikan undang-undang Syariah negeri Selangor yang menetapkan seks di luar tabii sebagai jenayah memberikan implikasi yang cukup besar kepada perundangan Syariah di negara ini.

Menurut beliau, ini memberi maksud bahawa Badan Perundangan Negeri tidak mempunyai kuasa untuk menggubal peruntukan berhubung kesalahan jenayah Syariah sekiranya telah wujud peruntukan yang hampir sama dalam undang-undang persekutuan yang digubal oleh Parlimen, walaupun kesalahan yang dilakukan oleh orang yang menganut agama Islam terhadap “perintah agama”.

“Seksyen 28 (Persetubuhan bertentangan dengan hukum tabii) dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 memperuntukkan mana-mana orang yang melakukan persetubuhan bertentangan dengan hukum tabii dengan mana-mana lelaki, perempuan atau binatang adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun, atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

“Kecuali mengenai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, hukum Syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang menganut agama Islam, termasuk hukum Syarak yang berhubungan dengan pewujudan dan penghukuman kesalahan yang dilakukan oleh orang yang menganut agama Islam terhadap perintah agama itu, “katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, perbicaraan tersebut diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat hari ini sebulat suara membenarkan cabaran undang-undang seorang lelaki terhadap Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

Lelaki itu kini menghadapi kes berkaitan yang sedang berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor di mana dia didakwa di bawah peruntukan tersebut dengan tuduhan cubaan melakukan hubungan seks di luar tabii.

Dalam membacakan keputusan sebulat suara, Maimun memutuskan bahawa Seksyen 28 belum secara sah digubal oleh badan perundangan negeri Selangor.

Beliau berkata bahawa ini kerana undang-undang mengenai perkara yang dibahas dalam Seksyen 28 yang menyentuh mengenai seks di luar tabii hanya boleh digubal melalui parlimen.

Dalam pada itu, Musa memberitahu keputusan tersebut akan membuka ruang kepada mana-mana pihak lain untuk mencabar peruntukan-peruntukan lain yang terdapat dalam Enakmen Jenayah Syariah Negeri-negeri.

Tambah beliau, keputusan tersebut menunjukkan bahawa selagi mana ada peruntukan tentang sesuatu kesalahan jenayah dalam undang-undang persekutuan, maka sukar untuk negeri mengadakan atau menggubal peruntukan berhubung kesalahan-kesalahan jenayah syariah.

“Walaupun kesalahan itu adalah dalam kategori kesalahan yang dilakukan oleh orang yang menganut agama Islam terhadap “perintah agama” itu.

“Keputusan tersebut juga sebagai gambaran awal “menutup pintu” kepada cadangan untuk melaksanakan undang-undang berkaitan hudud dan qisas di negara ini.

“Ini kerana kesalahan hudud seperti mencuri (sariqah), merompak(hirabah), kesalahan qisas seperti membunuh (al-qatl) juga terdapat dalam Kanun Keseksaan,”katanya.

Justeru, Musa menggesa Kerajaan Negeri Selangor dan pihak-pihak authoriti lain mengambil tindakan secara drastik dan holistik untuk melihat dan mengkaji semula semua peruntukan undang-undang jenayah Syariah yang sedia ada,

“Ini perlu bagi memastikan undang-undang jenayah syariah tidak lagi dicabar dan menjadi mangsa untuk diperkotak-katikan oleh pihak-pihak tertentu,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.