nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Hukuman mati ‘si mata empat’ bunuh pengasas AmBank kekal

1 MAC:  Mahkamah Persekutuan di Putrajaya hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman mati seorang bekas pemandu trak tunda bagi kesalahan membunuh pengasas Arab-Malaysian Bank (AmBank) Hussain Ahmad Najadi pada 2013.<

Panel tiga hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Rohana Yusuf turut mengekalkan hukuman penjara 18 tahun yang dijatuhkan ke atas Koong Swee Kwan bagi kesalahan cuba membunuh isteri Najadi iaitu Cheong Mei Kuen.

NAJADI

Turut bersidang Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Rahman Sebli dan Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim.

Dalam penghakimannya, Rohana berkata, pembelaan Koong telah diberi pertimbangan sewajarnya oleh Mahkamah Tinggi namun bukti terhadapnya amat kukuh dan meyakinkan.

Peguam Hisyam Teh Poh Teik, yang mewakili Swee Kwan berkata, jalan terakhir anak guamnya untuk mendapatkan kebebasan ialah dengan mengemukakan rayuan kepada Lembaga Pengampunan.

Swee Kwan, 52, yang dikenali sebagai Sei Ngan Chai (bermaksud Empat Mata dalam bahasa Kantonis), telah dijatuhi hukuman mati pada 27 Oktober 2017 kerana membunuh Najadi, 75, selepas kes itu dibicarakan semula.

Dia turut dijatuhi hukuman penjara 18 tahun kerana cuba membunuh Mei Kuen.

Lelaki itu dituduh melakukan kedua-dua kesalahan di kawasan parkir Kuil Kuan Yin di Lorong Ceylon antara 1.30 tengah hari dan 2 petang pada 29 Julai 2013.

Pada 5 Sept 2014, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Azman Husin telah menjatuhkan hukuman mati ke atas Swee Kwan kerana membunuh Najadi dan penjara 18 tahun bagi kesalahan cuba membunuh Cheong.

Bagaimanapun, pada 14 Disember 2016, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan mengenepikan sabitan terhadapnya dan mengarahkan kes itu dibicarakan semula di Mahkamah Tinggi selepas memutuskan Mohd Azman mungkin berprasangka memandangkan beliau telah mendengar rayuan seorang pemandu teksi, Chew Siang Chee, yang berdepan pertuduhan memiliki pistol dan peluru.

Siang Chee dikatakan adalah individu yang memandu kenderaan membawa Koong dari lokasi selepas insiden tembakan itu.

Dia telah disabitkan kesalahan dan dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen atas pertuduhan memiliki pistol serta peluru hidup. Bagaimanapun, dia telah dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan pada 2015.

Perbicaraan semula kes Swee Kwan telah didengar oleh Pesuruhjaya Kehakiman Ab Karim Ab Rahman (kini Hakim Mahkamah Tinggi).

Terdahulu, Hisyam berhujah bahawa pembelaan anak guamnya tidak dinilai secara adil oleh hakim yang mendengar perbicaraan kes itu seperti dikehendaki undang-undang.

Timbalan Pendakwa Raya, Tetralina Ahmed Fauzi pula berhujah bahawa sabitan terhadap Swee Kwan adalah selamat kerana terdapat bukti yang kukuh serta meyakinkan untuk menyokongnya.

Beliau berkata, hakim Mahkamah Tinggi telah mematuhi Seksyen 182 Kanun Tatacara Jenayah ketika memutuskan bahawa pendakwaan telah berjaya membuktikan kes itu melampaui keraguan yang munasabah.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.