nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Keputusan Mahkamah Persekutuan bukan iktiraf LGBT

2 MAC: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menegaskan bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan ke atas kes seorang lelaki beragama Islam yang melibatkan kesalahan persetubuhan luar tabii tidak boleh dilihat sebagai pengiktirafan terhadap golongan LGBT.

Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, perbuatan persetubuhan luar tabii atau sejenis tetap menjadi kesalahan amat serius bukan sahaja bercanggah dengan ajaran Islam, tetapi juga bertentangan akhlak, moral dan norma kehidupan masyarakat Malaysia.

Katanya, kesalahan itu turut diperuntukkan di bawah Seksyen 377 dan Seksyen 377A Kanun Keseksaan yang jika disabitkan kesalahan boleh dijatuhi hukuman maksimum 20 tahun penjara dan sebatan.

“Berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan ini, MAIS dan pihak berkuasa agama Islam di Selangor akan terus bekerjasama dengan polis bagi memastikan siasatan untuk kesalahan dilakukan lelaki ini diteruskan mengikut tatacara di bawah Kanun Tatacara Jenayah.

“Keputusan mahkamah ini juga sama sekali tidak menafikan bidang kuasa Dewan Undangan Negeri untuk membuat undang-undang berhubung kesalahan yang bertentangan ajaran Islam,” katanya dalam satu kenyataan.

Mahkamah Persekutuan pada 25 Februari 2021 memutuskan bahawa perlakuan persetubuhan luar tabii adalah kesalahan yang melanggar perintah agama Islam, namun kuasa Dewan Undangan Negeri untuk membuat undang-undang mengenai perkara itu dihadkan kepada butiran tertentu.

Keputusan itu dibuat selepas Mahkamah Persekutuan mendengar hujahan daripada pihak berkaitan berhubung petisyen di bawah Artikel 4(3) dan (4) Perlembagaan Persekutuan yang difailkan lelaki beragama Islam terbabit yang dituduh dengan kesalahan cubaan melakukan persetubuhan sejenis.

Abdul berkata, MAIS menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan itu tetapi tetap mendokong prinsip kesalahan syariah seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Enakmen Jenayah Syariah Selangor (JESS).

“Dokongan ini adalah demi memastikan agama Islam sebagai agama persekutuan dan negeri terus terpelihara di Malaysia, khasnya di Selangor,” katanya – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.