nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Belum ada keperluan laksana sidang parlimen

3 MAC : Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan mengesahkan Jemaah Menteri yang menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya tidak melaksanakan persidangan Parlimen ketika tempoh darurat dilaksanakan sehingga tempoh yang telah dipersetujui dan bukan hanya Perdana Menteri sahaja.

“Jemaah Menteri menasihati Agong kerana merasakan keputusan itu perlu dilakukan kerana adanya alasan dari segi sains dan data mengenai kekhuatiran penularan jangkita virus COVID-19 di dalam bangunan Parlimen

“Di sini saya menjelaskan bahawa Istana Negara menerima nasihat berhubung persidangan Parlimen daripada Jemaah Menteri, bukannya hanya daripada perdana menteri sahaja,” katanya menerusi sidang media di Putrajaya, hari ini. 

Dalam pada itu, Takiyuddin menjelaskan kenyataan dibuat Istana Negara sebelum ini adalah untuk menjelaskan bahawa tidak ada persidangan Parlimen.

“Berdasarkan Seksyen 14(1) Ordinan Kuasa-Kuasa Perlu, memang dinyatakan dengan jelas bahawa sidang Parlimen ditiadakan, ia sangat jelas. Dalam tempoh darurat, peruntukan berhubung memanggil, prorog, membubarkan dalam Perlembagaan ini tidak mempunyai kesan.

“Apabila perkara ini dilaksanakan, kenyataan dibuat Istana Negara itu adalah menjelaskan perkara ini, bahawa tidak ada persidangan Parlimen. Namun, mana-mana mesyuarat Parlimen, sesi Parlimen yang hendak dipanggil mestilah berikutan keputusan Jemaah Menteri. Sekarang ini Jemaah Menteri menasihati Agong bahawa tidak ada sidang Parlimen. Itulah keadaan sekarang ini,” katanya.

Takiyuddin berkata, walaupun persidangan parlimen ditangguhkan sehingga Ogos namun Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan ketika tempoh darurat, Agong boleh membuat ordinan.

“Jadi bila Agong sudah boleh buat undang-undang, maka keperluan untuk Parlimen bersidang dan buat undang-undang itu tidak ada. Kedua, kita melihat tumpuan dan fokus kerajaan sekarang ini adalah untuk perangi Covid-19, termasuk Ahli Parlimen itu sendiri, mereka juga petugas barisan hadapan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata ia bukan kali pertama persidangan Parlimen ditangguhkan ketika tempoh darurat memandangkan ia pernah ditangguhkan untuk tempoh dua tahun pada 1969 hingga 1971.

Menurut beliau, kerajaan Perikatan Nasional (PN) bukan sahaja mahu membendung penularan wabak Covid-19 dalam kalangan rakyat, sebaliknya turut melindungi 220 Ahli Parlimen.

“Saya hendak nyatakan di Parlimen kita sekarang ini, ini fakta. Di Parlimen Malaysia sekarang ini ada 220 Ahli Parlimen, daripada 220 orang ini, seramai 77 orang Ahli Parlimen adalah individu berumur 61 tahun hingga 69 tahun.

“Daripada 70 tahun hingga 79 tahun pula ada 19 orang, manakala daripada usia 80 tahun ke atas ada seramai empat orang. Jadi, hampir sebahagian Ahli Parlimen kita termasuk dalam kumpulan berisiko. Kita tidak mahu Ahli Parlimen terdedah dengan wabak ini,” katanya.

Tambahnya, disebabkan itu tidak timbul soal kerajaan PN menggantung Parlimen kerana ia akan kembali bersidang selepas tempoh darurat tamat, sehingga 1 Ogos depan.

“Hanya enam bulan 20 hari sahaja tidak ada Parlimen. perdana menteri sudah beri jaminan selepas habis darurat akan dipanggil Parlimen. Semasa Ahli Parlimen tidak bersidang, mereka boleh beri tumpuan untuk perangi Covid-19,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.