nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Khazanah untung RM2.9b dalam situasi mencabar tahun lepas

4 MAC: Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) mencatatkan prestasi keseluruhan yang stabil pada tahun 2020 walaupun terpaksa berhadapan dengan pasaran kewangan global yang tidak menentu serta persekitaran ekonomi yang kurang memberangsangkan akibat pandemik COVID-19.

Dalam satu kenyataan hari ini, dana kekayaan berdaulat Malaysia itu berkata, keuntungan daripada operasi yang dicatatkannya menyusut kepada RM2.9 bilion berbanding RM7.4 bilion pada tahun 2019.

“Ia menambah, sungguhpun pendapatan dividen daripada syarikat-syarikat pelaburannya meningkat kepada RM5.2 bilion daripada RM3.8 bilion, Khazanah meraih hasil pelupusan yang lebih rendah pada tahun 2020 iaitu RM2.7 bilion berbanding RM9.9 bilion pada tahun 2019.

Kesan daripada pandemik COVID-19 turut menyaksikan peruntukan bagi rosot nilai meningkat kepada RM6.0 bilion, terutamanya bagi aset penerbangan dan perhotelan miliknya, berbanding RM4.9 bilion pada tahun sebelumnya, jelas Khazanah.

Bagi tahun 2020, Khazanah mengisytiharkan dividen RM2.0 bilion kepada kerajaan Malaysia.

Prestasi kami pada tahun 2020 dicapai berlatarbelakangkan suasana ekonomi yang mencabar serta impak pandemik COVID-19 yang belum pernah dilalui sebelum ini ke atas operasi.

Namun begitu, usaha yang kami mulakan beberapa tahun lepas telah banyak membantu kami untuk mengharungi ketidaktentuan ekonomi,” kata Pengarah Urusan Datuk Shahril Ridza Ridzuan.

Beliau berkata Khazanah juga telah mengenal pasti beberapa peluang pelaburan yang baik ketika berada dalam tempoh pandemik ini serta ketidakstabilan pasaran akibat daripadanya.

“Khazanah terus mempelbagaikan portfolio globalnya sambil kami membina nilai mampan untuk Malaysia, selari dengan mandat jangka panjang kami,” tambah beliau.

Khazanah berkata, kedudukan kewangannya kekal kukuh dengan jumlah hutang dikurangkan sebanyak enam peratus kepada RM43.1 bilion daripada RM45.8 bilion pada tahun 2019, sementara Nilai Aset Boleh Tunai (RAV) susut sedikit kepada 2.9 kali ganda berbanding 3.0 kali ganda.

Pada akhir 2020, RAV Dana Komersial berada pada RM95.3 bilion sementara Dana Strategik ialah pada RM27.9 bilion.

Khazanah berkata pelbagai langkah terpaksa diambil untuk mengekang penyebaran COVID-19 yang telah mengakibatkan sektor pelancongan, perhotelan dan penerbangan menerima kesan paling ketara.

Khazanah terpaksa memperuntukkan rosot nilai bagi beberapa aset miliknya, iaitu RM3.1 bilion untuk syarikat induk MAB, Malaysia Aviation Group Bhd (MAGB) dan RM1.8 bilion untuk Themed Attractions Resorts Hotels bagi megurangkan impak akibat pandemik ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.