nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ordinan Darurat (No 2): Remedi jangka pendek bendung berita palsu

12 MAC : Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No. 2) 2021 yang akan berkuatkuasa mulai hari ini hanya dikhususkan bagi membendung penularan berita tidak benar mengenai COVID-19 dan Proklamasi Darurat sahaja.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah dan Multimedia berkata, ordinan itu merupakan suatu remedi jangka masa pendek khusus bagi membendung penularan hanya dua perkara tersebut demi ketenteraman dan kepentingan awam.

Menurutnya, penguatkuasaan ordinan itu dipertanggungjawabkan kepada pegawai polis dan pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.

“Selain itu, ordinan ini dihasratkan untuk mempercepatkan proses penguatkuasaan, penyiasatan dan pendakwaan manakala prosiding di mahkamah kekal seperti sedia ada.

“Di mana prosedur di bawah Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) di mahkamah dikekalkan. Orang awam dan kementerian atau agensi boleh membuat laporan polis apabila menerima berita tidak benar mengenai COVID-19 dan proklmasi darurat,” katanya pada sidang media di Kementerian Komunikasi dan Multimedia di Putrajaya, hari ini.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Dalam pada itu, Saifuddin memberitahu, Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No. 2) 2021 juga akan memberikan ruang kepada pihak terjejas dengan arahan agensi penguatkuasaan dan perintah mahkamah yang diperuntukkan di bawah Ordinan ini menerusi seksyen 6(3) dan 8(1).

Selain itu, katanya, ordinan itu juga tidak akan menjejaskan kuasa mahkamah dalam prosiding jenayah yang mana kebolehterimaan keterangan yang dikemukan dalam prosiding di bawah Ordinan itu tidak menggangu atai menjejaskan kuasa kehakiman.

“Ini kerana mahkamah masih perlu memutuskan kes berdasarkan nilai keterangan yang dikemukan dalam prosiding tersebut.  Penggubalan ordinan ini adalah imperatif bagi memastikan rakyat mendapat maklumat yang sahih daripada sumber yang tepat sekali gus mengekalkan keselamatan dan ketenteramaan awam serta negara.

“Pelaksanannya juga diharapkan akan dapat mengurangkan dan seterusnya memerangi penularan maklumat dan berita palsu yang berpotensi menimbulkan kebimbangan masyarakat. Kerajaan menyeru orang ramai tidak sewenang-wenangnya membuat, berkongsi atau menularkan berita tidak benar mengenak COVID-19 dan proklamasi Darurat,” katanya.

Sementara itu, Takiyuddin memberitahu, sebarang aduan berhubung penyebaran berita palsu berkaitan COVID-19 dan proklamasi darurat, akan dirujuk kepada pegawai pengesah.

Beliau berkata proses itu dilakukan selepas laporan maklumat pertama (FIR) difailkan mana-mana individu dan diterima pihak berkuasa.

Beliau berkata, institusi dikenali sebagai pegawai pengesah itu terdiri daripada pelbagai pakar dan agensi kerajaan, selain menganggotai jawatankuasa darurat itu, kemudian akan menentukan sama ada aduan terbabit mempunyai asas untuk diambil tindakan lanjut.

“Pegawai pengesah ini meliputi kepakaran, contoh jika berkaitan kesihatan, ia tanggungjawab pegawai pengesah daripada Kementerian Kesihatan serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

“Jika jenayah, pegawai pengesah ialah daripada Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Pertahanan. Ini antara beberapa contoh latar belakang pegawai pengesah yang akan meneliti butiran aduan.

“Sekiranya pegawai pengesah mendapati ada kes, maka kenyataan penafian rasmi (PRP) perlu diterbitkan bagi menyangkal berita palsu berkenaan dan siasatan lanjut dibuat.

“Jika penelitian pegawai pengesah mendapati aduan terbabit tiada asas untuk diambil tindakan, maka kes akan dibuang,” katanya – Oleh AIMAN SADIQ

Get real time updates directly on you device, subscribe now.